Tuesday 31 July 2012

Kedudukan tulang sulbi manusia


Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada Hari kiamat seperti dari Firman Allah Swt yang bermaksud:
“Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup”
(Dari Surah Ali Imran, Ayat 27)

Gambar bumi diambil dari atas bulan



Gambar diatas diambil daripada Syarikat Angkasalepas Jepun  SELENE, KAGUYA. pada bulan Oktober 2007 pada ketinggian 100 km dari paras permukaan bulan.
لاحظو أنّ :
الصورة الأولى وهي لشروق الأرض والجزء الماثـل من الأرض هو جنوب الكرة الأرضية وتبدو فيها الجزيرة العربية:
أماّ هذه فهي لغروب الأرض والجزء الماثل منها لاستراليا .. أخذت نفس اليوم 26 رمضان 1428 هـ:

Monday 30 July 2012

Kemuliaan Syahid di Jalan Allah



Kemuliaan Syahid di Jalan Allah 

Editor : PenaHalaqah 

Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah syahid di jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di jalan dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya.

Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya, maka sama ada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.

Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra sepanjang hayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?

Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai darjat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.

Dari beberapa hadis di bawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.

Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh di jalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis di atas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana mera’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, yang tidak dapat menyertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada juga ke tahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.

Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu di bawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud, “Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid... kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Pandangan Dr Abdullah Azzam





“Sesungguhnya kehebatan para Da’ei, kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah”Mereka yang percaya bahawa Islam boleh berkembang ke arah kejayaan tanpa Jihad, Peperangan dan Darah adalah sekadar bermimpi dan tidaklah mereka itu memahami sifat sebenar agama ini. Kehormatan seseorang Da'i, pengaruh Islam dan maruah serta harga diri umat Islam tidak akan dapat diperolehi tanpa Jihad. ~ Asy-Syahid Asy-Syeikh Abdullah Azzam~

Jihad Fisabilillah Bukan Hanya Angan-Angan



Video Kejadian Ribut Pasir Yang Maha Dahsyat

Posted by Drakula Comel on 26 July 2012

Mungkin kejadian di atas dianggap menakjubkan bagi sesetengah orang. Tetapi musibah pula bagi orang lain. Kejadian Tuhan. Setiap kejadian, ada hikmahnya...


SUMBER

Saintis Temui 'Planet Neraka'

 

Posted by Drakula Comel on 27 July 2012

Dengan menggunakan teleskop angkasa NASA pakar astronomi berjaya menemui sebuah planet 'neraka' yang bersaiz kecil. Planet itu mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lava cair.

Planet baru yang diberi label UCF-1.01 terletak di 33 tahun cahaya di kumpulan-kumpulan Leo. Dengan demikian planet tersebut menjadi objek yang paling dekat ditemui di luar sistem suria kita. UCF-1.01 ditemui secara tidak sengaja oleh pasukan antarabangsa yang menggunakan balai cerap Spitzer.

Salah seorang saintis tersebut, Kevin Stevenson dari University of Central Florida mengatakan, “Saya melihat objek kecil yang samar dalam cahaya bintang dan saya ingin mengetahui objek tersebut. Saya tahu jika isyarat-isyarat itu berkala boleh dikatakan bahawa itu adalah sebuah planet yang tidak dikenali.”

Sementara itu, Profesor Joseph Harrington dan mahasiswa Nate Nafsu, yang merupakan sebahagian daripada UCF, melakukan pengamatan ratusan jam dari data yang dikumpulkan Spitzer, wahana Deep Impact, teleskop VLT di Chile serta Teleskop yang berada di Kanada, Perancis, dan Hawaii. Dari pengamatan tersebut mereka mencari gambaran yang lebih terperinci mengenai keadaan planet tersebut.

Mengikut kiraan lebar planet sekira 5.200 batu (8.400 km) dan mengorbit dekat dengan bintang induknya planet tersebut berputar mengelilingi orbitnya hanya 1.4 dari putaran bumi. Kemudian suhu di planet tersebut mencapai 600 celcius.

SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi

Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...