Friday 18 January 2013


Kisah Benar : Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari





Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.

Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.

Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.

Sanggup bedah muka untuk jadi rupa syaitan


Gambar dibawah menunjukkan seorang manusia yang sangat bodoh apabila dia membedah mukanya untuk menjadi seperti rupa syaitan..

Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina


Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina 



Karawang Raka, Indonesia - Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.

Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.

Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.

Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya "ujarnya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. "Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya," katanya

Thursday 17 January 2013

Kaum Yang Diganggu Oleh Yajuj Majuj


Kaum Yang Diganggu Oleh Yajuj Majuj

Seringkali ketika kita berbicara mengenai lelaki misteri dari Surah Al-Kahfi yakni Zulkarnain {1}, hal-hal berkaitan Yajuj Majuj akan turut dibangkitkan. Sememangnya ia tidak boleh dipisahkan kerana di antara kedua-dua perkara ini saling berkaitan. Namun, sedar atau tidak kita telah melupakan lalu terus mengabaikan satu fakta yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kaum Yang Diganggu Yajuj Majuj.

Petikan dalam Surah al-Kahfi, menyebut : 
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu", sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".{2} 
Ini menunjukkan bahawa kaum dimana Zulkarnain mahu melindungi mereka daripada serangan Yajuj Majuj, berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta tembaga. Lalu, persoalan penting yang boleh kita renungkan disini ialah, kaum manakah yang mempunyai kemahiran itu pada ketika itu?

Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi. Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus. Kenyataan ini telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum Kolchis.

Keturunan Georgia disebut dalam Genesis, sebagai pengajar kepada semua kemahiran serta pertukangan melibatkan besi dan tembaga. Jika dilihat daripada sejarah bangsa Armenia pula, mereka juga dikaitkan dengan kemahiran pencairan besi pada zaman purba.
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC, mereka diserang keluar oleh kaum Scythian {3} khususnya suku kaum Cimmerian yang telah menyebabkan perpecahan kesatuan mereka. {4} Namun uniknya ialah, pada pertengahan kurun ke-6 BC (selepas serangan kaum Scythian) mereka berada dibawah empayar Parsi yang pada ketika itu ditadbir oleh Achaemenes. Dalam erti kata lain, mereka berada dibawah kekuasaan Raja Kurush (Cyrus The Great).

Memetik artikel karangan Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian bernama Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah yang memperkenalkan zaman besi dan ini adalah sumbangan besar kepada kebudayaan manusia amnya. {5} 

Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6} 

Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Raja Kurush (Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi) dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Scythian juga Cimmerian serta suku-sakat mereka (Yajuj Majuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.
Maka ketiga-tiga perkara ini - Zulkarnain, Yajuj Majuj dan bangsa yang diserang Yajuj Majuj yang mana mereka itu berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi dan tembaga, kesemuanya muat secara tepat pada suatu ketika dan masa dalam sejarah. Dan yang paling penting ialah seiring dengan perjalanan mereka berdasarkan penceritaan dalam Surah Al-Kahfi.

Adalah sesuatu yang "naif" jika kita mengatakan bahawa kisah dan latar belakang Raja Kurush, identiti dan kedudukan geografi pendudukan kaum Scythian dan Cimmerian, serta perjalanan sejarah tawanan pada mangsa yang diserang, mereka itu yang berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta kedudukan wilayah mereka, berlaku seiringan pada masa yang sama secara kebetulan sahaja.

20/3/12

______________________________________________
1. Di dalam Surah al-Kahfi sama sekali tidak menyebut 'Iskandar' tetapi hanya 'Zulkarnain'. Walau bagaimanapun setelah kajian dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, hanya beberapa individu sahaja yang layak 'di-kait-kan' dengan kisah Zulkarnain. Dan diantara beberapa individu tersebut, HANYA kisah dan latar belakang Raja Kurush (Cyrus The Great) sahaja yang sesuai dengan perjalanan cerita individu bernama Zulkarnain di dalam Surah al-Kahfi.
2. QS Al-Kahfi, 18:96
3. Scythian (Saka) adalah satu kaum yang berumpun. Dibawahnya terdapat yang kecil termasuklah Cimmerian, Huns dan Khazar. Khazar yang kini "diiktiraf" sebagai Yahudi di negara Israel sebenarnya sama sekali tiada kaitan dengan Yahudi. Rujuk perbahasan oleh King Joseph. Kaum Scythia disini merujuk kepada Yajuj Majuj.
4. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, PTS Milennia, hlm 159.
5. In Defence of the HomelandIntellectuals and the Georgian-Abkhazian Conflict. Secession, History and the Social Sciences. Edited by Bruno Coppieters, http://poli.vub.ac.be/publi/orderbooks/secession/secession-03.pdf
6. Dennis R. Papazian, Armenians (September 8, 1987), http://www.umd.umich.edu/dept/armenian/papazian/armenia.html

Dimanakah Syurga Nabi Adam?


Dimanakah Syurga Nabi Adam?

Ulama’ berbeda pendapat dalam permasalahan ini, jumhur (kebanyakan) ulama’ berpendapat bahwa surga yang dimaksud adalah surga yang ada di langit, yang kelak akan di huni oleh kaum mukminin, diantara dalil yang menguatkan pendapat ini ialah hadits As Syafa’ah berikut:
عن حذيفة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يجمع الله تبارك وتعالى الناس فيقوم المؤمنون حتى تزلف لهم الجنة فيأتون آدم فيقولون يا أبانا استفتح لنا الجنة فيقول وهل أخرجكم من الجنة إلا خطيئة أبيكم آدم). رواه مسلم
“Diriwayatkan dari sahabat Huzaifah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Allah Yang Berkah dan Maha Tinggi akan mengumpulkan manusia, kemudian ketika surga telah didekatkan, maka kaum mukminun akan bangkit, dan mendatangi Nabi Adan alaihissalam, kemudian mereka akan berkata kepadanya: ‘Wahai bapak kami, mohonlah agar surga segera dibukakan untuk kami.’ Maka beliau menjawab: ‘Tidaklah ada yang mengeluarkan kamu dari surga, melainkan kesalahan bapakmu Adam?’” (HRS Muslim)
Dan juga hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : احتج آدم وموسى عليهما السلام عند ربهما فحج آدم موسى. قال موسى: أنت آدم الذي خلقك الله بيده ونفخ فيك من روحه وأسجد لك ملائكته وأسكنك في جنته ثم أهبطت الناس بخطيئتك إلى الأرض. رواه مسلم
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Nabi Adam dan Nabi Musa ‘alaihimassalam pernah berdebat disisi Allah, maka Nabi Adam berhasil mengalahkan Nabi Musa. Nabi Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkaulah orang yang Allah ciptakan langsung dengan Tangan-Nya, dan Allah meniupkan ruh-Nya kepadamu, dan memerintahkan para Malaikat untuk bersujud kepadamu, dan Allah juga telah memberimu kesempatan untuk tinggal di surga-Nya, kemudian engkau karena dosamu menurunkan seluruh manusia (anak keturunanmu) ke bumi.’” (HRS Muslim)
Dari kedua hadits ini dan juga dalil-dalil lain jumhur ulama’ berpendapat bahwa surga yang pernah dihuni Nabi Adam ‘alaihissallam beserta istrinya Hawa adalah surga yang ada di langit, bukan surga dengan pengertian taman yang indah yang ada di bumi.
Walau demikian ada sebagian ulama salaf yang berpendapat bahwa surga yang dimaksud ialah surga khusus yang telah Allah siapkan untuk menguji Nabi Adam ‘alaihissallam bersama istrinya Hawa. Kemudian ulama’ yang berpendapat demikian ini terbagi menjadi dua kelompok, yang pertama mengatakan: Surga khusus ini berada di langit, dan kelompok kedua mengatakan bahwa letak surga khusus ini ada di bumi.
Ulama’ yang mengatakan pendapat kedua ini beralasan: karena Nabi Adam ‘alaihissallam dan istrinya Hawa mendapatkan tugas agar tidak memakan satu jenis buah suatu pohon, dan Nabi Adam ‘alaihissallam tidur, dan juga Iblis dapat masuk ke dalamnya, semua ini menunjukkan bahwa surga yang dimaksud bukanlah surga yang akan dihuni oleh kaum mukminin kelak setelah datangnya hari qiyamat.
Bila di amati lebih jauh, maka pendapat jumhur ulama’ lebih kuat, karena didukung oleh pemahaman kedua hadits di atas.
Demikianlah secara singkat jawaban pertanyaan ini, bagi yang ingin mendapatkan penjelasan lebih banyak, silahkan baca kitab Al Bidayah wa An Nihayah 169-dst, oleh Ibnu Katsir rahimahullah, dan juga Al Qurtubhi dalam Tafsir-nya 1/302 -dst.


Read more about surga nabi by www.konsultasisyariah.com
Ulama’ berbeda pendapat dalam permasalahan ini, jumhur (kebanyakan) ulama’ berpendapat bahwa surga yang dimaksud adalah surga yang ada di langit, yang kelak akan di huni oleh kaum mukminin, diantara dalil yang menguatkan pendapat ini ialah hadits As Syafa’ah berikut:
عن حذيفة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يجمع الله تبارك وتعالى الناس فيقوم المؤمنون حتى تزلف لهم الجنة فيأتون آدم فيقولون يا أبانا استفتح لنا الجنة فيقول وهل أخرجكم من الجنة إلا خطيئة أبيكم آدم). رواه مسلم
“Diriwayatkan dari sahabat Huzaifah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Allah Yang Berkah dan Maha Tinggi akan mengumpulkan manusia, kemudian ketika surga telah didekatkan, maka kaum mukminun akan bangkit, dan mendatangi Nabi Adan alaihissalam, kemudian mereka akan berkata kepadanya: ‘Wahai bapak kami, mohonlah agar surga segera dibukakan untuk kami.’ Maka beliau menjawab: ‘Tidaklah ada yang mengeluarkan kamu dari surga, melainkan kesalahan bapakmu Adam?’” (HRS Muslim)
Dan juga hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : احتج آدم وموسى عليهما السلام عند ربهما فحج آدم موسى. قال موسى: أنت آدم الذي خلقك الله بيده ونفخ فيك من روحه وأسجد لك ملائكته وأسكنك في جنته ثم أهبطت الناس بخطيئتك إلى الأرض. رواه مسلم
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Nabi Adam dan Nabi Musa ‘alaihimassalam pernah berdebat disisi Allah, maka Nabi Adam berhasil mengalahkan Nabi Musa. Nabi Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkaulah orang yang Allah ciptakan langsung dengan Tangan-Nya, dan Allah meniupkan ruh-Nya kepadamu, dan memerintahkan para Malaikat untuk bersujud kepadamu, dan Allah juga telah memberimu kesempatan untuk tinggal di surga-Nya, kemudian engkau karena dosamu menurunkan seluruh manusia (anak keturunanmu) ke bumi.’” (HRS Muslim)
Dari kedua hadits ini dan juga dalil-dalil lain jumhur ulama’ berpendapat bahwa surga yang pernah dihuni Nabi Adam ‘alaihissallam beserta istrinya Hawa adalah surga yang ada di langit, bukan surga dengan pengertian taman yang indah yang ada di bumi.
Walau demikian ada sebagian ulama salaf yang berpendapat bahwa surga yang dimaksud ialah surga khusus yang telah Allah siapkan untuk menguji Nabi Adam ‘alaihissallam bersama istrinya Hawa. Kemudian ulama’ yang berpendapat demikian ini terbagi menjadi dua kelompok, yang pertama mengatakan: Surga khusus ini berada di langit, dan kelompok kedua mengatakan bahwa letak surga khusus ini ada di bumi.
Ulama’ yang mengatakan pendapat kedua ini beralasan: karena Nabi Adam ‘alaihissallam dan istrinya Hawa mendapatkan tugas agar tidak memakan satu jenis buah suatu pohon, dan Nabi Adam ‘alaihissallam tidur, dan juga Iblis dapat masuk ke dalamnya, semua ini menunjukkan bahwa surga yang dimaksud bukanlah surga yang akan dihuni oleh kaum mukminin kelak setelah datangnya hari qiyamat.
Bila di amati lebih jauh, maka pendapat jumhur ulama’ lebih kuat, karena didukung oleh pemahaman kedua hadits di atas.


Read more about surga nabi by www.konsultasisyariah.com

Al-Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir meriwayatkan hadith daripada Anas; Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Adam supaya bersujud, lantas ia sujud, kemudian dikatakan bagi kamu syurga dan sesiapa yang sujud daripada keturunanmu, dan diperintahkan iblis supaya bersujud tetapi iblis enggan untuk bersujud, lantas dikatakan bagi kamu neraka dan sesiapa yang enggan daripada keturunanmu untuk sujud. Semoga Allah menjadikan kita golongan orang yang bersujud kepada-Nya.

Di antara nikmat kurniaan Allah kepada Adam selepas itu, ialah dimasukkan sebagai penghuni syurga bersama isterinya Hawa. Ini dijelaskan seperti ayat berikut, firman Allah yang bermaksud :
DAN KAMI BERFIRMAN: ``WAHAI ADAM! TINGGALLAH KAMU DAN ISTERIMU DI DALAM SYURGA INI, DAN MAKANLAH MAKANANNYA SEPUAS-PUASNYA APA SAHAJA YANG KAMU BERDUA SUKA, DAN JANGANLAH KAMU HAMPIRI POKOK INI; (JIKA KAMU MENGHAMPIRINYA) MAKA KAMU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG ZALIM. (Surah al-Baqarah Ayat 35)
Allah menegaskan : `Dan Kami berfirman: ``Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga', iaitu menetaplah kamu di dalam syurga yang kekal bersama isterimu, Hawa. Ibn Jarir at-Thabari berkata dalam tafsirnya, bahawa ayat ini menjadi dalil yang terang di atas kebenaran siapa yang berkata, sesungguhnya iblis dikeluarkan dari syurga selepas takbur enggan bersujud kepada Adam, dan Adam menetap di dalam syurga sebelum iblis di turunkan ke bumi.

Ibn Jauzi dalam kitabnya, Zad al-Masir menulis, terdapat dua pendapat di kalangan ulama tentang syurga yang dihuni oleh Nabi Adam : Pertama, Jannah al-adn. Kedua, Jannah al-Khuld. Imam an-Nasafi berkata, ia disediakan bagi orang yang bertakwa, berdasarkan kepada nukilan yang masyhur, kerana `lam' pada `al-Jannah' adalah untuk takrif, iaitu pengenalan.

Al-Imam al-Fakhru ar-Razi dalam kitabnya, at-Tafsir al-Kabir berkata, ulama telah khilaf tentang syurga yang dinyatakan dalam ayat ini, sama ada di bumi atau di langit, dan kalau ditakdirkan di langit, adakah ia syurga sebagai tempat balasan pahala, atau syurga al-Khuld atau syurga lain ?

Ulama’ berbeza pendapat dalam permasalahan ini, jumhur (kebanyakan) ulama’ berpendapat bahawa syurga yang dimaksud adalah syurga yang ada di langit, yang kelak akan dihuni oleh kaum mukminin. Diantara dalil yang menguatkan pendapat ini ialah hadits As Syafa’ah berikut:
عن حذيفة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يجمع الله تبارك وتعالى الناس فيقوم المؤمنون حتى تزلف لهم الجنة فيأتون آدم فيقولون يا أبانا استفتح لنا الجنة فيقول وهل أخرجكم من الجنة إلا خطيئة أبيكم آدم). رواه مسلم

“Diriwayatkan dari sahabat Huzaifah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Allah Yang Berkah dan Maha Tinggi akan mengumpulkan manusia, kemudian ketika syurga telah didekatkan, maka kaum mukminun akan bangkit, dan mendatangi Nabi Adam alaihissalam, kemudian mereka akan berkata kepadanya: ‘Wahai bapa kami, mohonlah agar syurga segera dibukakan untuk kami.’ Maka beliau menjawab: ‘Tidaklah ada yang mengeluarkan kamu dari syurga, melainkan kesalahan bapamu Adam?’”(HR Muslim)
Dan juga hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : احتج آدم وموسى عليهما السلام عند ربهما فحج آدم موسى. قال موسى: أنت آدم الذي خلقك الله بيده ونفخ فيك من روحه وأسجد لك ملائكته وأسكنك في جنته ثم أهبطت الناس بخطيئتك إلى الأرض. رواه مسلم

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Nabi Adam dan Nabi Musa ‘alaihimassalam pernah berdebat disisi Allah, maka Nabi Adam berhasil mengalahkan Nabi Musa. Nabi Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkaulah orang yang Allah ciptakan langsung dengan Tangan-Nya, dan Allah meniupkan ruh-Nya kepadamu, dan memerintahkan para Malaikat untuk bersujud kepadamu, dan Allah juga telah memberimu kesempatan untuk tinggal di surga-Nya, kemudian engkau karena dosamu menurunkan seluruh manusia (anak keturunanmu) ke bumi.’” (HR Muslim)
Dari kedua hadits ini dan juga dalil-dalil lain jumhur ulama’ berpendapat bahawa syurga yang pernah dihuni Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isterinya Hawa adalah syurga yang ada dilangit, dan bukanlah syurga dengan pengertian taman yang indah yang ada di bumi.

Walaupun demikian, ada sebahagian ulama salaf yang berpendapat bahawa syurga yang dimaksud ialah syurga khusus yang telah Allah SWT sedia untuk menguji Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isteri Baginda, Hawa. Kemudian ulama’ yang berpendapat demikian ini terbahagi kepada dua kelompok: yang pertama mengatakan: Syurga khusus ini berada di langit, dan kelompok kedua mengatakan bahawa letaknya syurga khusus ini ada di bumi.

Ulama’ yang memberikan pendapat kedua ini, salah satunya ialah Syeikh al-Maghari. Tafsirnya, iaitu Tafsir al-Maghari menaqalkan hujah al - Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Ruhu al-Ma'ani yang menyokong pendapat bahawa syurga Adam bukan syurga akhirat nanti, di antara hujahnya ialah :
Pertama, bahawa Allah menciptakan Adam di bumi untuk menjadi khalifah di dalamnya, begitu juga zuriat keturunannya. Tidak harus dikatakan bahawa kewujudan Adam di dunia serta zuriatnya merupakan pembalasan hukuman daripada Tuhan.

Kedua, Allah tidak menyatakan selepas penciptaan Adam di bumi, dinaikkannya ke langit. Sekiranya ia berlaku, sudah pasti ia akan disebut dan merupakan perkara yang besar.

Ketiga, bahawa syurga yang dijanjikan dengannya pada Hari Akhirat, tidak akan dimasuki kecuali oleh orang-orang yang bertakwa lagi beriman. Bagaimana mungkin syaitan yang kafir dapat masuk dan melakukan was-was kepada Adam.

Keempat, syurga bersifat negeri yang penuh nikmat dan tempat berehat, bukan negeri taklif seperti mana telah ditaklifkan Adam dan isterinya supaya jangan memakan buah dari pohon kayu tersebut.

Kelima, bahawa tidak ditegah kepada penghuni syurga untuk merasai segala kenikmatan dan melakukan apa sahaja.

Keenam, bahawa tidak berlaku di dalam syurga sebarang maksiat dan kesalahan kerana ia negeri suci, bukan negeri kotor dan najis.
Berdasarkan kepada senarai ini, maka segala keterangan yang telah disifatkan dengannya berhubung dengan syurga yang dijanjikan, dan kurniaan tanpa henti dan terputus, sudah tentu tidak sesuai dan tidak menepati syurga yang didiami oleh Adam tersebut.

Bila difahami dengan lebih mendalam, maka pendapat jumhur (kebanyakan) ulama’ lebih kuat, kerana ia disokong oleh pemahaman kedua hadits di atas.



oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustaz Muhammad Arifin Badri

Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya


Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan. 

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan 

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.
Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.
 Komander Khattab

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam.Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam. 

Laungan Takbir 

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

VIDEO Keunikan Nama Kampung Wellington. Pernah Dengar?

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami. {2}

Allahuakbar. Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.

[via]
_______________________________________
1. Sila lihat semula artikel Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar
2. Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad

The Hobbit, The Lord of the Ring dan Kisah Akhir Zaman


The Hobbit, The Lord of the Ring dan Kisah Akhir Zaman

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.
Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia. 

Sauron = All Seeing Eyes = The False Messiah

The All of Seeing Eye

Dinding = Isengard

Witch king = Yajuj & Majuj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.
Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Mungkinkah ini strategi ATASBAWAH? Iaitu strategi dimana akan membuatkan penonton berfikir bahawa "semua ini hanyalah fiksyen semata-mata". Penonton perlu ingat bahawa agama Islam, Kristian dan bangsa Yahudi mempunyai sejarah yang sangat rapat. Justeru untuk mengatakan ia satu kebetulan sahaja, adalah satu mustahil.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Hasilkan Meme untuk filem Hansel and Gretel Witch Hunters. Menangi iphone 5

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Aragorn sebagai pemimpin yang berjuang menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Juga, terdapat seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran. Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahdi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.
Bagi anda yang belum menonton filem The Hobbit, boleh memuat turun filemnya dibawah. Filem ini, bagi yang tahu kaitan antara kisah Yajuj Majuj dan suatu bangsa dari Tembok Darial pasti akan menyedari persamaan jalan cerita - Tema cerita "suatu kaum minoriti dari bawah tanah, yang cuba pulang ke tanah air mereka untuk memperoleh kemerdekaan" persis "minoriti Yahudi dari Eropah yang kembali ke The Holy Land untuk membentuk sebuah negara baru yang kononnya tanah asal mereka."

The Hobbit An Unexpected Journey (2012) Camrip mkv 

The Hobbit An Unexpected Journey (2012) HDrip mkv 900mb

Syiria Lebih Utama Berbanding Palestin Untuk Jihad


Syiria Lebih Utama Berbanding Palestin Untuk Jihad

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA

Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1) Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestin. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun-tahun telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria, 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar-warkan.. yang ditulis.. tapi sebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..
2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.
3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata Sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.
SYIAH buat kekejaman kerana dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...

sumber: Ammar Network
sumber gambar: We Are All Syria

Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat


Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat

Pengucupan Alam Semesta

Menurut teori Big Bang, alam semesta yang luas tidak ketahuan dimanakah penghujungnya ini bermula daripada satu titik. Daripada titik inilah ia meletus lalu meluru dengan lajunya ke serata arah, mengembang hinggalah membentuk alam semesta hari ini. Proses pengembangan ini masih berterusan dan sentiasa semakin luas. 

Maksud firman Tuhan dalam al-Quran:
“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA.” {1}
“Dia telah MENINGGIKAN bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.” {2}

Titik asal itu memiliki kepadatan yang tidak terfikir oleh kita kerana di dalamnyalah terkandungnya seluruh alam semesta ini. Boleh jadi kepadatannya ‘melebihi tahap maksima’. Antara hujah kepadatan ini boleh kita lihat dalam ayat berikut:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?” {3} 

Gambaran Ringkas Mengenai 'Big Bang' 

Sebelum ‘Big Bang’ berlaku, ruang belum ada, tempat belum tercipta, arah tidak wujud dan sempadan ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi dan waktu belum dicipta.


Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi kelajuan luruannya semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang kelajuannya sangat hebat, kini ia menjadi semakin perlahan.

Samalah dengan kisah ‘bulu-bulu yang dilastik’. Pada mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses luruan itu terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya, begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti.

Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan letusan yang ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz bom. Ketika ia mula-mula meletus, ledakan dari ‘pusat letupan’nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat kemampuannya.

Begitulah halnya proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga sudah terhenti.

Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku?

Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang jatuh. Teori penguncupan ini dikenali sebagai ‘BIG CRUNCH’.

Al-Quran menceritakan:
“Hari Kami MENGGULUNG LANGIT seperti menggulung lembaran surat catatan, SEBAGAIMANA Kami MEMULAKAN KEWUJUDAN SESUATU KEJADIAN, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” {4} 

Pada hari kehancuran itu Allah akan menggulung semula alam semesta (mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta dicipta. Wallahualam. 


Koyakan Alam Semesta

Satu teori lagi menjangkakan proses pengembangan ini akan terus berlaku namun tetap membawa kepada kemusnahan alam semesta. Teori ini dinamakan ‘BIG RIP’. 

Untuk memahami teori ini kita ambil contoh belon. Ketika mula-mula ia ditiup kulit belon tebal. Apabila belon semakin besar, semakin nipislah kulitnya. Akhirnya, apabila ia sudah diregang hingga ke tahap maksima, ia akan terkoyak lalu meletup. 

Alam semesta ini juga akan terkoyak apabila ia teregang melebihi kemampuannya. Mungkin hal inilah yang digambarkan oleh Allah kepada kita:
“Apabila langit terbelah.” {5}
“Apabila langit terbelah.” {6}
“Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh).” {7}


VV Cephei- antara bintang terbesar yang diketahui manusia (VY Canis Majoris yang terbesar) adalah 288,194 kali lebih besar daripada bumi kita.


Nisbah bumi kita kepada VV Chepei pun hanya sebesar habuk, entah sebesar manalah bumi kita ini berbanding seluruh alam semesta. Sehalus manalah kita di sisi ilmu dan kerajaan Allah yang luas? Tapi manusia masih merasa dirinya hebat.
______________________________________
1.  QS Adz-Dzaariyaat: 4
2.  QS An-Naazi’aat: 28
3.  QS Al-Anbia’ : 30
4.  QS  Al-Anbiaa’: 104
5.  QS Al-Insyiqaaq: 1
6.  QS Al-Infitaar: 1
7.  QS Al-Haaqah: 16

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...