Wednesday 27 November 2013

Rakyat Syria mencari roti hingga ke Iraq utara dengan berjalan kaki



islampos, warga suriah, hadapi, musim dingin, cuaca ekstrim
Derita rakyat Syria akibat perang yang berlaku di negara mereka bertambah buruk akibat cuaca sejuk yang melampau 

Kelaparan dan kekurangan bahan bakar menyebabkan warga Syria berbondong-bondong berpindah ke Iraq Utara untuk bertahan dalam cuaca yang ekstrim itu. Dengan keberanian yang tinggi, warga Syria berjalan dan mempertaruhkan nyawa demi mendapatkan apa yang dicari.

Pasukan wartawan Anadolu Agency (AA) memaparkan penderitaan warga Syria yang tinggal di sebuah kampung kecil dengan cuaca sejuk dan salji. Ramai warga Syria yang tinggal di desa kecil ini termasuklah bayi berumur satu tahun.

Warga Syria yang boleh bergerask ke desa-desa di wilayah Zummar, sekitar 60 kilometer jauhnya dari Dohuk-Iraq Utara. Mereka berlindung di bawah runtuhan rumah dan cuba untuk melawan sejuk dengan sisa pakaian yang terbakar dan bantal.

Sementara anak-anak kelihatan menggigil kedinginan, terlihat juga ibu dan ayah yang melindungi bayi mereka di bawah kehangatan selimut. Ada pemandangan yang cukup membuat hati tersentuh, jelas begitu besar tragedi yang terjadi. Orang tua yang lemah kelihatan keletihan dalam perjalanan, kanak-kanak berjalan kaki telanjang di atas lumpur dan tanah sejuk, wanita berjalan hanya dengan sandal, wanita muda cuba untuk melindungi bayi mereka dari sejuk, ada juga kanak-kanak yang pakaian mereka dan rambut sebahagian membeku dan ada antara mereka memanaskan semula makanan mereka di atas api.

Salah seorang pelarian Syria, Thoha Amin memberitahu bahawa situasi di Syria tidak lagi tertahan.

"Kami tidak dapat mencari bahan bakar atau roti. Selepas konflik yang berlaku tidak juga berhenti, kami sekarang dihadapkan dengan kelaparan, "tegas Amin.

"Hanya ada satu pilihan untuk kami untuk terus hidup dari kelaparan dan cuaca sejuk yang membeku adalah dengan berlindung di negara lain," ujarnya.

islampos, warga suriah, mengungsi, negara lain

"Kami berjalan puluhan kilometer dengan mempertaruhkan nyawa dalam cuaca sejuk. Kami harus berjalan tanpa alas kaki, kerana kasut kami rosak oleh cuaca ekstrim itu, "tambah Amin.

"Bashar al-Assad yang harus bertanggungjawab atas tragedi ini," tegasnya.

"Tuhan akan menghukum mereka yang bertanggung jawab atas tragedi ini. Tidak ada yang ingin meninggalkan rumahnya atau berjalan bersama dengan keluarga dan bayi mereka di bawah cuaca sejuk. Semua orang sedih kerana harus meninggalkan rumah mereka, tapi kami harus meninggalkannya jika ingin terus hidup. Ketika insiden pertama kali bermula, orang ramai g boleh melarikan diri menggunakan kereta. Tapi kini, semua kereta sudah rosak dan kami terpaksa berjalan kaki, "tambah Amin.

"Kami sangat keletihan. Kami hanya berhenti sekejap di sesebuah perkampungan untuk berehat dan mengeringkan pakaian kami. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Zaho dengan kereta atau berjalan kaki, "terang Amin.

islampos, warga suriah, mengungsi, jalan kaki

Sejak insiden di Syria bermula, lebih dari 60000 warga Syria menjadi pelarian di Dohuk-Iraq Utara, Irbil dan bandar Sulaimaniyah. Lebih dari 30000 warga Syria kini tinggal di kem Dohuk di bawah khemah yang dibina. Pemerintah daerah di utara Iraq, membenarkan warga Syria untuk menyewa rumah dan bekerja di kawasan tersebut. Namun, sebahagian besar daripada warga Syria masih bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

sumber islampos

Rejim syiah Assad membakar wanita dan kanak-kanak

 

Pembunuhan beramai-ramai yang sangat dahsyat melibatkan beratus-ratus orang yang mati syahid.


Pembunuhan beramai-ramai yang amat dahsyat yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad di bandar New Artouz kini tinggal beratus-ratus mayat, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Aktivis telah menemui beratus-ratus mayat yang mati ditemui di atas tanah, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. 
Laporan lengkap boleh didapati di http://www.fj-p.com/article.php?id=56987

Sunday 24 November 2013

Bekas pemain U16 dan U17 Jerman syahid di Syria


Burak Karan adalah pemain yang berbakat dalam bola sepak. Dia bermain tujuh kali untuk pasukan remaja kebangsaan Jerman bawah 16 dan 17 tahun. Beliau mendapat latihan di Bayer Leverkusen, HSV (Hamburger SV), Hertha dan Hannover 96. Sehingga tahun 2008, pada usia 20 tahun, kerjaya beliau berakhir secara tiba-tiba. Mengapa?, ia adalah sukar untuk ditafsirkan.


Beliau meninggal dunia pada usia 26 (InsyaAllah Syahid) di Syria. Burak Karan meninggal dunia pada 11 Oktober yang lalu akibat serangan udara oleh diktator Syria Bashar al-Assad berhampiran kampung Azaz, di sempadan Turki-Syria. Al-Fatihah... 

 Pasukan kebangsaan bawah U17 German pada tahun 2003.  Burak Karan (bulatan merah). Dua bintang ternama di dalam gambar tersebut iaitu Schalke Dennis Aogo dan Kevin-Prince Boateng di barisan tengah.

sumber www.welt.de

Organisasi Syiah:”Kami Akan Melaksanakan Operasi Bersenjata di Wilayah Saudi


Sebuah organisasi Syiah yang menamakan dirinya "Mukhtar Army" pada hari khamis 22/11 mengaku bertanggungjawab keatas letupan motar yang berlaku berhampiran sempadan Saudi, Iraq dan Kuwait. Mereka memberi amaran akan adanya serangan lebih lanjut yang mensasarkan Arab Saudi.

Pemimpin "Mukhtar Army", Watsiq Battat mengumumkan melalui siaran Iraq "Sumeria", pasukannya akan mensasarkan Saudi dan operasi ini dilancarkan sebagai respon dari fatwa "Kafir" terhadap golongan syiah.

Juru bicara penjaga sempadan Saudi, Brigadier Muhammad Al-Ghamdi mengatakan bahawa tidak ada mangsa korban dalam letupan tersebut. Namun pemimpin "Mukhtar Army" menyatakan letupan tersebut adalah mesej awal dan peringatan. "Kami akan melaksanakan operasi bersenjata di wilayah Saudi" katanya.

sumber eramuslim.com

Kenapa orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin?


Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti- Zionis!

Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.


IRAN ISRAEL2 420x289 Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan



Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil adalah salah seorang  nabi yang sudah meramalkan kejadian- kejadian sebelum kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy .

Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas kemusnahan Jerusalem oleh Novukhodonsur .

Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak- anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi. " 

sumber islampos.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...