Sunday 18 May 2014

Tahanan politik dan demontrasi memang di dera dalam penjara rejim mesir



16 buah pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara atau lokap kudeta. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan. 

Kenyataan tersebut turut menggesa anggota keluarga mangsa tahanan yang mengunjungi mangsa tahanan diberikan ruang yang bebas untuk bertemu tanpa dipantau rapi atau dikenakan pelbagai syarat yang menyusahkan. 

Berdasarkan kenyataan dan aduan mangsa sendiri, menurut kenyataan tersebut pihak mereka menerima banyak aduan sepanjang 6 bulan kebelakangan iaitu tempoh yang menyaksikan ratusan siri operasi tangkapan secara rambang khasnya sekitar Ogos hingga Oktober tahun lalu.

Pihak mereka turut mendedahkan aduan seorang aktivis politik bernama Khaled As-Sayyed yang dibelasah dan didera di Balai Polis Abbasiyah dan Qasr Nil selain sewaktu di tahan di Penjara Abou Za'bel. Menurut peguam beliau, Mahmoud Bilal yang hadir sewaktu siasatan dibuat yang turut menyaksikan anak guamnya membuka baju untuk menunjukkan kesan-kesan didera. 

Khaled As-Sayyid menjelaskan secara lanjut penderaan yang dilakukan terhadap sebahagian tahanan politik. Antaranya, pasukan keselamatan kudeta telah bertindak memindahkan tahanan yang terdiri daripada aktivis-aktivis politik yang terkenal ke sebuah bilik dalam keadaan mata mereka ditutup. Mereka kemudian diperdengarkan suara-suara jeritan mangsa tahanan lain yang dipukul dan didera melalui besi elektrik, lalu sekumpulan pasukan polis mengherdik mereka dengan nada tinggi, "Inilah dia balasan kamu wahai orang-orang yang membuat revolusi.."

Kebanyakan mangsa tahanan lain turut mengakui bahawa mereka turut mengalami penderaan seksual selain didera menggunakan kabel elektrik di seluruh badan. 

Walau bagaimanapun, sang pengkhianat Jeneral Mohammed Ibrahim sebagai Menteri Dalam negeri kudeta menafikan wujudnya kes-kes penderaan yang dilakukan oleh polisnya sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah penjara negara itu. 

Namun menurut pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia berkenaan mempersoalkan pendirian pihak penjara di Mesir yang sebenarnya tidak pernah mengizinkan sama sekali mana-mana badan hak asasi atau peguam-peguam yang bebas untuk menziarahi tahanan. 

Sumber: Ikhwanonline.com & Akhukum Abdul Malik

16 Islam Uyghur mati ditembak kerana membela wanita Islam dicabul polis China


Enam wanita adalah anatra 12 orang etnik Uyghur yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan di barat laut Xinjiang minggu ini dalam satu siri keganasan yang berpunca daripada tindakan seorang pegawai polis yang menyelak tudung seorang wanita Islam Uyghur.

Kerajaan China mengumunkan polis telah membunuh 14 orang etnik Uyghur pada hari Ahad apabila mereka telah diserang oleh "kumpulan pengganas" ketika cuba untuk menahan suspek jenayah di Konasheher Kashgar atau Shufu dalam bahasa cina.

Dua pegawai polis turut terbunuh dalam keganasan di Kampung Saybagh Konasheher (dalam Cina, Sayibage) menurut kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur.

tetapi mesyuarat di Saybagh pada hari Selasa yang diketuai oleh pegawai-pegawai kerajaan tempatan cawangan Parti Komunis China telah diberitahu bahawa 16 ornag etnik Uyghur termasuk enam wanita ditembak mati apabila polis menyerbu sebuah rumah besar yang didiami sebuah keluarga besar.

Identiti Islam akan dihapuskan jika perlembagaan baru Mesir diterima

Bagi mereka yang masih belum memahami kenapa Ikhwan Muslimin dan gabungan rakyat Mesir memboikot pungutan suara terhadap draf cadangan Perlembagaan versi rampasan kuasa yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Januari depan, sila baca ulasan seorang ulamak Al-Azhar ini.  

Islam di Mesir berada dalam keadaan kritikal jika ia diluluskan .. Kenapa?

Tokoh pemikir Islam, Prof.Dr.Muhammad 'Immarah yang juga anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar berkata,

"Berikut merupakan sebab utama kenapa kita tidak boleh menyertai pungutan suara draf perlembagaan:

1) Perlembagaan baru (versi rampasan kuasa ) cuba meng "askar" kan negara dan menghapuskan identiti Islam

2) Menghapuskan fasa "bahawa Mesir merupakan satu entiti dari umat Islam dan masyarakat Arab

3) Menghapuskan fasa yang memperkenalkan "konsep musyawarah"

4) Menghapuskan fasa "mengambil pandangan / merujuk Haiah Kibar Ulamak dalam hal ehwal berkaitan syariat Islam.

5) Menghapuskan fasa yang memberikan Al-Azhar kuasa menafsirkan prinsip-prinsip syariat Islam.

6) Menghapuskan fasa "yang melarang penghinaan kepada para Rasul dan Nabi-nabi".

7) Menghapuskan fasa yang memperuntukkan "penubuhan Suruhanjaya kebangsaan bagi Memerangi Rasuah ".

Menambah fasa baru iaitu mengharamkan penubuhan parti-parti politik berasaskan agama.

9) Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir untuk melantik Menteri Pertahanan (bermaksud jawatan menteri tersebut bukan lagi lantikan Presiden negara selain Menteri Pertahanan dilindungi dengan kekebalan dan tidak boleh dipecat melainkan dengan persetujuan Majlis Tertinggi Tentera sahaja)

10) Memberikan ruang yang lebih luas kepada Mahkamah Tentera untuk membicarakan kes-kes orang awam  

Dr.Imarah menutup ulasan beliau berkaitan draf perlembagaan versi rampasan kuasa dengan kata beliau: Inilah sebab yang paling bahaya yang terkandung di dalam draf perlembagaan baru iaitu memansuhkan identiti atau syiar Islam di Mesir dan menjadikan Mesir sebuah "negara tentera".  

Terjemahan oleh: Akhukum Abdul Malik
Dengan ehsan: Ustaz Mohd Fauzan Abdullah

Kudeta Mesir penjarakan 21 remaja perempuan kerana berdemonstras



Hasbiallah wani'mal wakil..

Hakim mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun keatas 14 remaja Mesir kerana membentuk rantaian manusia dan mengedar risalah dalam perhimpunan anti kerajaan kudeta awal bulan ini.

Tujuh gadis bawah umur ditahan reman sebagai tahanan juvana sehingga mereka mencapai umur sah dari segi undang-undang untuk didakwa. Yang paling muda dalam kumpulan itu berusia 15 tahun.

Enam lelaki yang digambarkan oleh pendakwa raya sebagai pemimpin Ikhwan Muslimin dijatuhkan hukuman penjara selamaa 15 tahun atas tuduhan menganggotai "organisasi pengganas".

  
inilah rupa hakim keparat itu

Al Sisi di ambang maut kini hospital Arab Saudi



Laman Egypt window melaporkan bahawa As-Sisi sedang dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Dilaporkan As-Sisi perlu memotong kakinya tetapi ditolak kerana tidak mahu terkeluar dari tentera. As-Sisi memilih untuk membiarkan kakinya tidak dipotong walaupun akan menghadapi cacat kekal.

Surat khabar Ahram, laman Mishrawi dan juga Yaum Sabi’ melaporkan berita tentang perjumpaan yang dihadiri oleh As-Sisi. Hairannya, gambar-gambar yang dimuatkan kelihatan berbeza-beza. Ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim sejuk dan ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim panas.

Keadaan terkini Al Sisi dirahsiakan kerajaan kudeta.

Al Sisi sudah mati mayatnya disorok di kem tentera



Laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:


بالفيديو.. "الشرقاوى": مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد - جريدة الشعب الجديد - http://elshaab.org/thread.php?ID=89745

Saturday 17 May 2014

Video - Tentera malaikat bantu dua pemuda perangi 15 tentera Asad




Lima belas tentera regim Asad lari lintang pukang apbila diserang dua orang pemuda Syria yang bom tangan buatan sendiri. Letupan bom yang dibaling tidak mencederakan sesiapa tetapi cukup untuk membuat kesemua tentera Asad yang berada di situ melarikan diri tanpa usaha untuk membalas serangan dua pemuda berkenaan.

Mereka melarikan diri meninggalkan senjata mereka. Benar-benar ketakutan


Mungkin inilah yang sering diperkatan orang tentera malaikat turun membantu mujahiddin. Aneh sekali mereka hanya melarikan diri tanpa membalas tembakan. Mereka lari begitu sahaja bagai orang melayu nampak hantu.


Surah : ALI-'IMRAAN ayat 13

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang) satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)


Saksikan kebenaranya

Penduduk Syria terpaksa makan singa.


Ghouta, Damsyik

Sebelum ini kita melihat mereka menyembelih dan merebus kucing. Kali ini mereka terpaksa sembelih singa pula. Gambar menunjukkan beberapa rakyat Syria di Ghouta yang kelaparan sedang melapah seekor singa yang telah disembelih untuk dimasak sebagai makanan.

Singa ini mereka perolehi dari Zoo al-Qarya al-Syamya yang turut berada di dalam Ghuttah.

Penduduk Syria mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan sejak Ramadhan lalu berikutan perang yang melanda. Tentera Assad memusnahkan sumber makanan dan ternakan penduduk.


Tentera Korea Utara terbunuh ketika berperang bagi pihak Assad


Timur Ghouta | Syria

Mujahideen berjaya memusnahkan 10 kereta kebal dan menembak jatuh pesawat regim. Membunuh sebilangan besar tentera bersekutu dari Iran, Iraq, dan Lubnan dan sebilangan tentera upahan dan menemui 3 mayat pegawai dari Korea Utara. Salah seorang tentera upahan dari Korea Utara yang berjaya dibunuh.

Selain tentera Korea Utara, askar upahan Assad juga terdiri daripada tentera Rusia dan Iran.

Inna lillah! Keji, ISIS menyembelih Mujahid Jabhah Islamiyah


Inna lillah!  Keji, ISIS menyembelih Mujahid Jabhah Islamiyah

Screenshot facebook salah satu tentera kejam ISIS selepas melakukan penyembelihan keji terhadap Mujahid Jabhah Islamiyah.
SYRIA - Addurar As-Syamiyah melaporkan Abu Al-Miqdam telah syahid, in syaa Allah, hari ini. Ia adalah komander Brigade Meriam dan Roket Harakah Ahrarus Syam Al-Islamiyah yang bernaung di bawah Jabhah Islamiyah. Ia dibunuh dengan cara yang sangat keji, yakni disembelih oleh tentera Daulah Islam Iraq dan Syam atau Islamic State of Iraq and Sham (ISIS).
Sumber dipercayai Addurar menyebutkan bahawa Abu Al-Miqdam yang dikenali dengan nama "Sang Pemburu Tank" sedang dalam perjalanan pulang dari Qalamoun Timur menuju Idlib, kemudian sekumpulan pasukan ISIS menyergapnya di luar bandar Hammah Selatan.
Tentera ISIS melaksanakan Abu Al-Miqdam dengan cara keji.
Tentera ISIS melaksanakan Abu Al-Miqdam dengan cara keji.
Abu Al-Miqdam pernah ikut serta bertempur dalam penaklukan Gudang Senjata 559, ia di sana berjaya menghancurkan 4 tank musuh dan membunuh 23 penjaga.
Abu Al-Miqdam adalah salah satu pejuang Harakah Ahrar As-Syam Al-Islamiyah yang paling menonjol. Beberapa bulan yang lalu, ia memenuhi panggilan untuk membantu rakan-rakannya dalam pertempuran di Qalamoun Barat dan daerah Sahel. Di sana ia berjaya memusnahkan banyak sekali tank tentera rejim Assad.
Kini ia telah menjemput cita-citanya untuk syahid fi sabilillah. Ia telah syahid, in syaa Allah , di tangan kotor tentera ISIS. Sungguh kejadian ini kembali mambakar hati para muwahidun kerana yang membunuhnya adalah mereka yang menyebut diri mereka sendiri sebagai penegak Negara Islam (ISIS).
Abu Al-Miqdam sedang dalam suatu pertempuran, beliau sedang mensasarkan tank tentera Assad.
Abu Al-Miqdam sedang dalam suatu pertempuran, beliau sedang mensasarkan tank tentera Assad.
Selain penyembelihan keji terhadap Mujahid Jabhah Islamiyah ini, telah dilaporkan pula operasi bengis jamaah ISIS lain pada Jumaat (16/5) kemarin, di mana bom bunuh diri ISIS di Syakhil membunuh 15 orang, termasuk di antaranya ialah anak-anak, wanita, dan masyarakat sivil.
Ya Allah balaslah kezaliman para penjahat ini.
Singkaplah hakikat keburukan mereka di hadapan umat.
Dan terimalah para syuhada 'kami disisiMu .-

(ar rahmah.)

Thursday 15 May 2014

Komandan mujahidin Uzbekistan berserta pasukannya bergabung dengan Jabhah Nusrah


Komander mujahidin Uzbekistan beserta pasukannya bergabung dengan Jabhah Nusrah
Syaikh Abu Hussein, Amir Jamaah Seyfuddin Uzbek
SYRIA  -  Seorang komander Uzbek yang dikenali sebagai Syaikh Abu Hussein memimpin jamaahnya bertempur bersama Jabhah Nusrah, 
Syaikh Abu Hussein ialah  amir jamaah Seyfuddin Uzbek. Menurut laman From Chechnya to Syiria , sebuah laman web yang mengesan mujahidin dari Chechnya yang turut berjihad di Syria, Jamaahnya turut berjuang di bawah naungan Jabhah Nusrah dan telah mengambil bahagian dalam serangan terhadap pasukan rejim Assad di Najjar, Aleppo. 
Selama beberapa bulan terakhir, Syeikh Najjar, sebuah bandar industri di luar Aleppo, telah menjadi lokasi pertempuran sengit diantara kumpulan jihad dan tentera Syria. Syaikh Abdullah Muhammad al Muhaysini, seorang ulama Saudi popular dan rising star di dunia jihad yang menyokong Jabhah Nusrah, baru-baru ini dilihat dalam sebuah video di mana ia memuji pejuang dari Islam Emirat Caucasus yang bertempur di Syeikh Najjar.
Jamaah Syaikh Abu Hussein Seyfuddin Uzbek dianggarkan mempunyai sejumlah pejuang dari Uzbekistan dan negara-negara jiran di Asia Tengah, demikian tuntutan seorang pegawai perisikan AS yang menjejaki kumpulan jihad di Syria.
Jamaah Seyfuddin Uzbek dibantu oleh Gerakan Islam Uzbekistan, atau IMU, sebuah kumpulan sekutu al-Qaeda yang aktif di Afghanistan, Pakistan, Uzbekistan, dan Asia Tengah.
"IMU merekrut dan melatih pejuang dari Asia Tengah dan membantu mereka melakukan perjalanan ke Syria untuk menyokong jihad Al -Qaeda ", tambahnya.
IMU dikenali menyokong jihad di Syria. Pada bulan November 2013, IMU mengeluarkan beberapa kenyataan di laman Facebooknya memuji kesyahidan komander Liwa at Tauhid, kumpulan Salafi yang bersekutu dengan Al Qaeda di Syria. Dalam pernyataan itu, IMU memuji semua para mujahidin yang berjihad di seluruh dunia, termasuk di Syria.
IMU menyatakan, "Kami berada bersama mereka, kami juga memerangi kezaliman di Tajikistan, Afghanistan dan Pakistan sama seperti pemimpin zalim Bashar Assad. Kami tidak membuat batas antara kami dan kalian. Sebaliknya, hati kami terbuka dengan cinta, kasih sayang dan sokongan untuk semua saudara-saudara kita di Syria, Iraq, Yaman, Algeria, Somalia, dan Palestin ".
Kumpulan mujahidin lain dari Asia Tengah dan Selatan, termasuk Gerakan Taliban di Pakistan, juga diketahui telah membentuk kumpulan jihad dan melakukan sel-sel latihan di dalam wilayah Syria.

Jabhah al Nusrah perhebatkan latihan ketenteraan berat dalam persiapan untuk menyerang kem 2 tentera Assad.




Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat
Idlib -  Operasi ketenteraan yang dilakukan secara serentak oleh kumpulan-kumpulan jihad di bandar Khan Syaikhun, wilayah Idlib benar-benar membuat pasukan rejim Nushairiyah terkejut. Satu per satu kem kem tentera rejim di bandar itu berjaya dikuasai oleh mujahidin.
Lebih dari 15 kumpulan mujahidin terlibat dalam operasi gabungan di bandar Khan Syaikhun. Diantaranya adalah Jabhah Nushrah, Jabhah Islamiyah, Jaisyul Mujahidin, Jundul Aqsa, Tahaluf Al-Muhajirin wal Ansar, Hai'ah himayah Al-Madaniyyin, Jabhah Ahrar Syria, Liwa 'At -Tamkin, Katibah An-Nashr, Liwa '38, Katibah Asy-Syahid Fadi Al-Quthaini, dan kumpulan-kumpulan jihad tempatan lain.
Edlib News Network  melaporkan bahawa sehingga bulan April, lebih dari 15 kem  tentera syiah telah berjaya dirampas oleh mujahidin. Kem kem  tentera tersebut antara lain adalah kem tentera Faqir, kem tentera Sekolah Komando dan markas pasukan penyergap rejim yang terletak di sisinya, kem tentera Maarzafi, kem tentera Qadur, kem tentera Fannan, kem tentera Jisr, kem tentera Namr, dan kem tentera Syriatel. satu kem tentera juga telah dirampas oleh mujahidin iaitu kem tentera Namr.
Bandar Khan Syaikhun tinggal  satu kem tentera yang belum berjaya direbut oleh mujahidin, iaitu kem tentera Khizanat.
Sebagai persiapan untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap kem tentera Khizanat, mujahidin Jabhah Nushrah sejak hari Isnin (5/5/2014) telah menggelar latihan penyerbuan dengan menggunakan senjata berat. Mujahidin Jabhah Nushrah berlatih dengan tank-tank dan roket roket serta senjata berat lain . Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mujahidin di jalan-Nya. Berikut ini foto-foto latihan tersebut sebagaimana dikeluarkan oleh akaun rasmi Jabhah Nushrah wilayah Hamah.
lemari1
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

lemari2
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

lemari3
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

lemari4
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

lemari5
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

lemari6
Persiapan menyerang kem tentera di bandar Khan Syaikhun, Jabhah Nushrah gelar latihan dengan persenjataan berat

Kisah bekas tentera Assad merancang untuk membunuh Assad.

SYRIA - Ini kisah seorang anak muda, Mujahidin Syria, yang
terpaksa akur peraturan wajib militer kerana menjadi tentera rejim Asad .
Ia mendedahkan tentang kejayaannya keluar dari tentera Syria di tengah2
pergolakan perang di negara nya.

  Shamer (24),  adalah putra ketiga seorang ulama
 di Syria. Saat revolusi Syria bermula lebih 3 tahun yang lalu, ia telah pun
 menjadi tentera rejim tetapi selepas revolusi dan perang mulai berkecamuk, 
 ia berupaya keras  untuk keluar dari perkhidmatan tentera Assad,dan bergabung 
 dengan Mujahidin.
 Namun ketika masih dalam tentera Asad, ia dan kawan-kawanya, sempat
 berusaha ingin membunuh Basyar Asad. Ketika itu, rancangan rapi sudah
 diatur, di saat Asad dikhabarkan di jangka akan mengikuti sebuah majlis.
 "Namun sayang sekali, Basyar Asad telah membatalkan harsat untuk 
 menghadirkan diri ke majlis tersebut. Kemungkinan rancangan ini telah 
 bocor, "ungkap Shamer kepada wartawan Indonesia yang terdiri didalam 
 pasukan Wartawan Islam Bersatu (JITU) semasa membuat liputan konflik 
 Syria, Sabtu (19/4/2014).
Semangat jihad Shamer tumbuh dari lingkungan keluarganya yang memang
 berasal dari kalangan Muslim yang taat. Ayahnya adalah seorang ulama,
Imam dan Khatib, di Damsyik, Syria. Selain didikan ibu bapanya, di usia
masih belia, sebelum meletusnya perang, Shamer mengaku mendapat spirit
jihad dari para tokoh Hamas Palestin.
Masa itu, ujar Shamer, Masjid Al-Aqsa dikepung penjajah 'Israel' dan umat
Islam di Palestin dibantai Zionis. "Kami dan rakan-rakan mengadakan tablig
akbar dan mengumpul dana Palestin bersamaan dengan datangnya beberapa
tokoh Hamas di Damsyik, padahal di saat itu segala propanganda jihad menetang
'Israel' merupakan sesuatu yang sangat berbahaya bagi kami di Syria, kerana
rejim di sini terlalu menindas, dan banyak teman-teman kami yang ditangkap
dan dipenjara oleh rejim Asad kerana mengobarkan semangat jihad menentang
Zionis 'Israel', "tuturnya.
Selain spirit jihad, peristiwa menarik yang diungkap pemuda yang baru saja
menikah ini, adalah tentang kerjasamanya dengan Mujahidin di saat revolusi
Syria baru berlangsung pada 2011 lalu. Ketika itu dia masih lagi didalam
perkhidmatan tentera rejim,  dia telah ditugaskan membawa senjata oleh 
pasukannya ke wilayah Raqqah,bandar di sebelah timur Syria.
Kesempatan ini digunakan Shamer untuk menjalankan misinya. Ia menghubungi
Katibah Mujahidin tempatan yang ada di Raqqah. Ia memberitahu, bahawa ia
membawa banyak senjata, dan ia 'bersandiwara' dengan Mujahidin, aitu dengan mengatakan kepada pasukannya yang dia telah dikepung oleh mujahidin. "Sudah tentu perkara ini tidak diketahui  oleh teman-teman saya dalam pasukan tentera rejim," kata Shamer.
Selanjutnya, Mujahididin menghadang laju kereta tersebut dan mengambil semua peralatan senjata. Shamer dilepas. "Lalu saya melapor kepada kesatuan, bahawa
saya telah dihadang dan semua senjata yang saya bawa telah dirampas," ujarnya mengenang peristiwa pada 2011 lalu itu.
Jelas, di tengah peperangan, tindakan Shamer adalah sangat berani dan tentu
saja berbahaya. Namun, dengan hamasah yang sudah mulai diasah, rasa takut
menjadi sirna, berganti dengan keberanian yang luar biasa. JITU
(Azm / arrahmah.com )

Sebarkan!

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...