Friday, 26 July 2013

Kereta Kebal Menggilis Mayat Sehingga Hancur




ganas, gilis, menggilis, kepala, badan, mayat, hancur, hingga, sehingga, manusia, rejim, askar, tentera, isu syria, muhammad el-mahmud, rakam, aksi, bunuh, kejam, terkorban, keganasan, kerugian, kematian, semangat juang, ribuan, rakyat, tentera bebas, laknatullah

Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.

Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. Menurut sumber Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria, kerugian yang dialami oleh pasukan tentera rejim juga adalah dalam anggaran jumlah yang besar ekoran pertempuran yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Selain itu, jumlah kematian yang tinggi di pihak tentera rejim antaranya berdasarkan faktor semangat j
uang daripada pihak rakyat awam dan askar yang berpaling tadah yang sama-sama memikul senjata. Mereka ini lebih mengetahui keadaan setempat yang mampu bertahan di pertahanan masing-masing. Tindakan ini menyukarkan pihak askar rejim yang kebanyakannya datang dari luar menyerang kampung halaman mereka.
Menurut sumber itu lagi, jumlah kematian askar rejim yang dicatatkan tidak termasuk ribuan tali barut (syabih) yang berjaya dibunuh oleh rakyat dan tentera bebas.


    Kata-Kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu!


    Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk
     [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti.
     Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu 
    kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan
    Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya.



    Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya 
    yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi
     penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah 
    yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya 
    menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid 
    dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. 
    Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak 
    penduduk Damaskus, ahlu Syam.

    Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, 

    para pemuda bergegas-gegas menuju ke lokasi untuk melihat 
    adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu
    dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-

    bangunan yang telah hancur rata sekali dengan tanah untuk 
    melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang 
    tertimbun di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. 
    Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan.

    Ayah berteriak menangis dengan berkata, “Anak perempuan 

    saya, selamatkan anak perempuan saya.”

    Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari 

    runtuhan tersebut, hati seorang ayah itu masih lagi tertinggal 
    di bawah runtuhan itu.

    Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan 

    orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah
     runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang 
    yang berada di bawah runtuhan tersebut.

    Ternyata seorang gadis muda masih t
    erperangkap di bawah 
    runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan 
    serangan udara daripada tentera Assad.

    Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan 
    dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun 
    untuk menyelamatkan beliau?

    Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia 
    melihat cahaya, “Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) 
    kamera itu, saya tidak memakai tudung!”

    Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, 
    dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.

    Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau 
    berjaya dibawa keluar daripada bedilan serangan udara tentera 
    Assad sebentar tadi.

    Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda 
    itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu
    yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?

    Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada
    udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan 
    orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
    belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh 
    gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam 
    dan terpelihara maruahnya.

    Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak 
    penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, 
    bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, 
    sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang
     mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup 
    bersaudara dalam satu komuniti.
    Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan 
    yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak
    penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari
    negara itu.

    Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan 
    Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka 
    takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] 
    ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. 
    Wallahua’lam.

    Berikut adalah URL link klip video bagi rakaman situasi di atas:




    Rahsia Terdedah,Hizbullah Syiah Akan Bersekutu Dengan Israel Jika Basar Assad Jatuh

    Rahsia Terdedah,Hizbullah Syiah Akan Bersekutu Dengan Israel Jika Basar Assad Jatuh




    Dalam Video Di Bawah Shubhi Ath-thufaili, Pengasas Hizbullah Syiah Lebanon.


    Kenyataan
    dari seorang pemimpin syiah lebanon dalam sebuah wawancara yang mendedahkan bagaimana sebenarnya hubungan Hizbullah Syiah di Lebanon dengan Israel, bagaimana sikap mereka terhadapnya.

    Apa yang Akan dilakukan Hizbullah dan Syiah jika Al-Assad tumbang?

    Syiria dan Syiah akan bersiap sedia dari segi persenjataan dan perlengkapan dari luar, tapi esok bila keadaannya akan berbalik,bila mereka pula yang akan diserang, maka kita mempunyai beberapa pilihan, kita boleh berdamai dengan Ahlus Sunnah atau bersekutu dengan Israel.Perkataan Bersekutu Dengan Israel terungkap dari mulut Pengasas Syiah .Apa maknanya ini.(cuba lihat pada minit ke 0:43-1:05)

    Pada mereka, puak syiah yang sesat memilih untuk bersekutu dengan Israel untuk membunuh rakyatnya yang berfahaman Ahlus Sunnah lebih baik daripada berdamai dengan Ahlus Sunnah. Adakah pilihan ini yang terbaik? Ternyata mereka ini adalah musuh Islam yang sebenar.
    sumber

    Thursday, 25 July 2013

    Syiah Hina Sahabat Nabi Dengan Mengukir Nama Di atas Selipar

    Lagi Bukti Kesesatan Syiah | Mereka Menghina Sahabat Nabi Mengukir Nama Di atas Selipar | Kekejian syi'ah terhadap isteri dan mertua Nabi shalallahu alaihi wasalam Saidina Abu Bakar.


    Mereka menulis nama isteri Nabi Aisyah dan Hafsoh serta kedua sahabat sekaligus mertua Beliau shalallahu alaihi wasalam Abu Bakr dan Umar bin Khatab di sandal yang mereka pakai sehari-hari

    Apa yang mereka (syi'ah) lakukan adalah bentuk penghinaan dan penistaan terhadap isteri dan sahabat Nabi shalallahu alaihi wasalam, mereka sangat membenci isteri dan para sahabat Nabi shalalahu alaihi wasalam.

    Ulama Syiah Solat Sambil Berborak

    Ajaran Syiah Yang Melucukan | Ulama Syiah Solat Sambil Berborak | Lagi Kesesatan Syiah | Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, mereka mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bidaah yang sesat, moga-moga kita dijauhi daripada mengamalkan ajaran sesat ini. Sejak revolusi Syria  barulah aku mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam jangan lah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

    Ajaran Syiah Yang Melucukan | Ulama Syiah Solat Sambil Berborak

     Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran yang sebenarnya..Mereka bersembang waktu tengah solat. Semoga Allah memberi hidayah kepada puak-puak ni

    Sesat perbuatan orang-orang syi'ah.

    Tentera Syiah Mencium Dan Menjilat Kaki Seorang Budak Kerana Mengambil Berkah ( Gambar ) | Syiah Agama Yang Menyedihkan | Tentara syi'ah iraq mencium kaki seorang anak penganut syi'ah, setelah anak kecil tersebut melakukan perjalanan jauh bersama orang tuanya menuju makam Husein.dalam rangka peringatan arbain imam Husein.
    hal itu di lakukan dengan keyakinan untuk mendapat berkah.di karenakan perjalanan anak tersebut menuju makam Husein

    Sungguh sesat perbuatan orang-orang syi'ah.


    Dimanakah Akal Mereka? 

    gambar kesesatan Syiah
    Setelah mengotori diri dengan tanah karbala, 
    orang orang syi'ah berjalan merangkak menuju kuburan imam mereka

     Orang-orang Syi'ah Merangkak Menuju Kuburan Imam Mereka 


    Orang -orang syi'ah sedang merangkak menuju kuburan serta sujud di kuburan imam mereka
    Lihat Videonya di sini:http://www.youtube.com/watch?v=wAduz3l63tw

    Syiah sesat! Selamatkan dirimu

    Lagi Gambar Kesesatan Syiah!!! | Moga Allah Lindungi Ahlul Bait Daripada Difitnah Dan Diperlakukan Sedemikian Rupa | Malam ini aku nak kongsikan gambar kesesatan Agama Syiah yang begitu menyedihkan, jika Saidina Ali, Hassan, Hussein masih hidup adalah mereka redha dengan kelakuan pengikut Syiah seperti ini. Pasti mereka tidak akan meredhainya..Fikir-fikirkanlah.


    gambar kesesatan syiah

    gambar kesesatan syiah


    gambar kesesatan syiah

    gambar kesesatan syiah

    gambar kesesatan syiah

    Syiah sesat! Selamatkan dirimu

    Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

    Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
    mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
    fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
    bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

    “Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

    SIAPAKAH SYI‘AH?

    Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

    SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

    Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

    1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
    2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
    3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
    4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
    5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
    6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
    7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
    8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
    9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
    10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
    11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
    12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

    Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
    mengharamkan Syi‘ah;

    Selangor:
    19 Januari 1998
    W.Persekutuan:
    3 April 1997

    Terengganu:
    25 September 1997
    P. Pinang:
    16 Januari 1997

    N.Sembilan:
    12 Mac 1998

    Kelantan:
    September 1987
    Rujukan Lanjut:
    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/
    syiah.html

    Lakaran Imam 12 Syi`ah

    gambar imam 12 syiah

    Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
    Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
    Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
    Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
    Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

    AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
    (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

    *Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
    penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
    Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
    *Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
    dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
    telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
    al-Ahkam j.1 hal. 374)
    *Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
    mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
    kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
    kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
    kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

    *Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
    menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
    masalah ke 11 hal. 241)

    *Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
    menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)

    *Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
    mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
    menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

    *Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
    biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
    bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
    tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
    menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
    laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
    hal.345)

    gambar Kaabah Syiah

    *Tulisan di atas Kaabah Syiah
    ‘Ali Jaan’ yang bermaksud
    ‘Ali Adalah Kesayanganku’

    gambar Kaabah Syiah 

    Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala
    TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

    Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

    * Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
    * Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
    * Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
    * Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
    * Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
    * Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
    * Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
    * Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
    * Memarahi orang yang puasa Asyura.
    * Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
    mahdi).

    Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
    didapati melalui laman web di bawah:
    1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
    2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
    3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
    4. http://www.hakekat.com
    5. http://www.kr-hcy.com/shia
    6. http://www.ansar.org/english
    7. http://www.alburhan.com/

    12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

    Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).

    Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,
    kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

    Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.

    Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.

    ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
    AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada
    agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat
    Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
    “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
    menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.
    30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
    maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

    AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu
    kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang
    mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).

    AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan
    Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
    Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti
    nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi,
    semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,
    tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa
    dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
    kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)

    AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain
    dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
    berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan
    penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

    AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
    Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata
    lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak
    mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
    anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
    dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika
    beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan
    sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

    AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan
    kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta
    mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi
    segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

    AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan
    dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya
    taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan
    persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai
    Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min
    al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada
    Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa
    menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi
    jil. 2, hal. 222)

    AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu
    syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.”
    (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah
    aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

    AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat
    dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi
    mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
    zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
    kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para
    sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata
    perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-
    Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)

    AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan
    orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan
    “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan
    mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di
    bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah
    100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

    AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.
    Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan
    sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang
    berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan
    untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada
    Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak
    diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak
    menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari
    kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)

    AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di
    samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad
    s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui
    beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w.
    melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat
    Ibn Majah dan al-Nasa’i)
    Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10 Muharram

    BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT

    1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
    2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
    3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
    4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
    5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
    6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
    7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
    8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
    dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni

    Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

    Sumber: http://ohislam.com

    Wednesday, 17 July 2013

    Asmaul Husna 99 Nama Allah Dan Maksud



    Dalil
    Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadis tentang Asmaul Husna:
    • "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
    • Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran.Surah Al Israa': 110)
    • Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]
    Asmaul Husna
    No. Nama Arab Maksud
    1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
    2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
    3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
    4 al-Quddus القدوس Maha Suci
    5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
    6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
    7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
    8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
    9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
    10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
    11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
    12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
    13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
    14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
    15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
    16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
    17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
    18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
    19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
    20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
    21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
    22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
    23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
    24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
    25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
    26 al-Samik السميع Maha Mendengar
    27 al-Basir البصير Maha Melihat
    28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
    29 al-Adl العدل Maha Adil
    30 al-Latif اللطيف Maha Lembut
    31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
    32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
    33 al-Azim العظيم Maha Agung
    34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
    35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
    36 al-Ali العلى Maha Tinggi
    37 al-Kabir الكبير Maha Besar
    38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
    39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
    40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
    41 al-Jalil الجليل Maha Mulia
    42 al-Karim الكريم Maha Pemurah
    43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
    44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
    45 al-Wasik الواسع Maha Luas
    46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
    47 al-Wadud الودود Maha Pencinta
    48 al-Majid المجيد Maha Mulia
    49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
    50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan
    51 al-Haq الحق Maha Benar
    52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
    53 al-Qawi القوى Maha Kuat
    54 al-Matin المتين Maha Teguh
    55 al-Wali الولى Maha Melindungi
    56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji
    57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung
    58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
    59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
    60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
    61 al-Mumit المميت Maha Mematikan
    62 al-Hai الحي Maha Hidup
    63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
    64 al-Wajid الواجد Maha Penemu
    65 al-Majid الماجد Maha Mulia
    66 al-Wahid الواحد Maha Esa
    67 al-Ahad الاحد Maha Esa
    68 al-Samad الصمد Tempat Meminta
    69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
    70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa
    71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
    72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
    73 al-Awwal الأول Maha Awal
    74 al-Akhir الأخر Maha Akhir
    75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata
    76 al-Batin الباطن Maha Ghaib
    77 al-Wali الوالي Maha Memerintah
    78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
    79 al-Bar البر Maha Penderma
    80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
    81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
    82 al-Afu العفو Maha Pemaaf
    83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
    84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
    85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
    86 al-Muqsit المقسط Maha Adil 87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
    88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
    89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
    90 al-Manik المانع Maha Mencegah
    91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
    92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
    93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
    94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk 95 al-Badik البديع Maha Pencipta
    96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
    97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
    98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
    99 al-Sabur الصبور Maha Sabar

    Solat Sunat Tahajjud

    Posted by Shafi-Q.

    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

    Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
    Firman Allah SWT.:
    17:79
     “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
    (Surah Isra’; ayat 79)
    .
    Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

    .

    Tujuan Solat Tahajjud

    .
    1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
    2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
    3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
    4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
    5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

    Solat Sunat Isyraq


    Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
    Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
    Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

    Solat Sunat Dhuha

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    اللهم صل على محمد وآل محمد
    Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
    Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
    Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
    .
    Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
    Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
    .
    .
    .

    Waktu Solat Dhuha

    Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
    Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
    Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)

    Fadhilat Solat Dhuha
    Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
    • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
    • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
    • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
    .

    linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...