SYRIA - Addurar As-Syamiyah melaporkan Abu Al-Miqdam telah syahid, in syaa Allah, hari ini. Ia adalah komander Brigade Meriam dan Roket Harakah Ahrarus Syam Al-Islamiyah yang bernaung di bawah Jabhah Islamiyah. Ia dibunuh dengan cara yang sangat keji, yakni disembelih oleh tentera Daulah Islam Iraq dan Syam atau Islamic State of Iraq and Sham (ISIS).
Sumber dipercayai Addurar menyebutkan bahawa Abu Al-Miqdam yang dikenali dengan nama "Sang Pemburu Tank" sedang dalam perjalanan pulang dari Qalamoun Timur menuju Idlib, kemudian sekumpulan pasukan ISIS menyergapnya di luar bandar Hammah Selatan.
Tentera ISIS melaksanakan Abu Al-Miqdam dengan cara keji.
Tentera ISIS melaksanakan Abu Al-Miqdam dengan cara keji.
Abu Al-Miqdam pernah ikut serta bertempur dalam penaklukan Gudang Senjata 559, ia di sana berjaya menghancurkan 4 tank musuh dan membunuh 23 penjaga.
Abu Al-Miqdam adalah salah satu pejuang Harakah Ahrar As-Syam Al-Islamiyah yang paling menonjol. Beberapa bulan yang lalu, ia memenuhi panggilan untuk membantu rakan-rakannya dalam pertempuran di Qalamoun Barat dan daerah Sahel. Di sana ia berjaya memusnahkan banyak sekali tank tentera rejim Assad.
Kini ia telah menjemput cita-citanya untuk syahid fi sabilillah. Ia telah syahid, in syaa Allah , di tangan kotor tentera ISIS. Sungguh kejadian ini kembali mambakar hati para muwahidun kerana yang membunuhnya adalah mereka yang menyebut diri mereka sendiri sebagai penegak Negara Islam (ISIS).
Abu Al-Miqdam sedang dalam suatu pertempuran, beliau sedang mensasarkan tank tentera Assad.
Abu Al-Miqdam sedang dalam suatu pertempuran, beliau sedang mensasarkan tank tentera Assad.
Selain penyembelihan keji terhadap Mujahid Jabhah Islamiyah ini, telah dilaporkan pula operasi bengis jamaah ISIS lain pada Jumaat (16/5) kemarin, di mana bom bunuh diri ISIS di Syakhil membunuh 15 orang, termasuk di antaranya ialah anak-anak, wanita, dan masyarakat sivil.
Ya Allah balaslah kezaliman para penjahat ini.
Singkaplah hakikat keburukan mereka di hadapan umat.
Dan terimalah para syuhada 'kami disisiMu .-

(ar rahmah.)