Friday, 3 July 2015

Penjelasan tentang sifat binatang dalam diri ISIS


Abu Waheeb, komandan perang IS/ISIS yang kejam




(Arrahmah.com) - Hawa Nafsu kebinatangani ISIS terdiri dari kecintaan terhadap wanita, kecintaan terhadap wang dan kuasa. Khawarij mempunyai nafsu yang sangat besar terhadap wanita, mereka mempunyai sejarah lama tentang hal ini, dan mereka mewarisi darah ini di Iraq, dari generasi ke generasi. Kita mendapati bahawa alasan mengapa salah satu pendahulu lama mereka, yakni Abdurrahman ibn Muljim, membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib, adalah sebagai mas kawin untuk seorang wanita dari kalangan Khawarij bernama Qattam. Ibnu Muljim suka, jadi dia bertanya tentang mas kahwinnya (mahar). Dan si Qattam ini meminta agar mas kawinnya adalah agar Ibnu Muljim membunuh Khalifah Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu anhu.

Hal ini menjelaskan kepada kita realiti sifat-sifat dari Khawarij melalui lintasan sejarah dan keinginan mereka, serta bahawa mereka telah buta dari kebaikan dan dari mengikuti kebenaran. Sejarah juga menunjukkan bagaimana tingkah polah orang-orang liar ini dan hawa nafsu kebinatangan mereka yang lebih mendominasi dari pada kebaikan.

Pada saat ini, kita mencari melalui realiti dan insiden bagaimana Daulah Baghdadiyah / ISIS kewalahan oleh hawa nafsu kebinatangan mereka sendiri, dan bagaimana mereka berusaha memuaskan nafsu kebinatangan ini dengan cara menyembunyikannya dengan kebaikan serta pandangan yang mempesonakan. Lihatlah kehadiran pertama mereka di Syria dan bagaimana mereka memanggil kaum perempuan dari luar negeri untuk meninggalkan rumah mereka dan negara mereka serta keluarga mereka untuk datang kepada mereka!

Serta bagaimana mereka mempermainkan ikatan perkahwinan yang suci dan perceraian, Mereka bermain-main dengan ikatan perkahwinan, dan banyak dari mereka yang menikah tanpa Wali yang berhak. Dan janganlah kita melupakan kata-kata Syaikh Abu Zubair Al-Asy'ari, semoga Allah menerima beliau, yang menjadi penentang paling sengit atas seruan ISIS ketika mereka memujuk kaum perempuan untuk berhijrah ke wilayah mereka. Apakah ISIS ini termasuk jenis makhluk yang tidak tahu Keghairahan (kecemburuan) dan kematangan? Apa kepentingan mereka ketika menyeru kepada kaum perempuan untuk meninggalkan rumah dan anak-anak mereka, dalam rangka melakukan perjalanan menuju kepada 'kekhalifahan' mereka?

Masih ingat bukan, bagaimana ISIS menerbitkan konflik pertamanya terhadap Mujahidin, dan bagaimana mereka bermain dengan isu perempuan (diperkosa) serta bagaimana mereka mendakwa sebagai penyelamat kaum perempuan yang tertindas. Mereka membuat pengikut mereka panik terhadap fraksi lain dan menimbulkan keinginan mereka untuk membunuh ahli puak lain serta menggunakan isu ini untuk mendapatkan simpati dalam propaganda media mereka.

Dan sekarang, kita mengetahui bahawa dalam pertempuran mereka yang mensasarkan Mujahidin serta merampas wilayah-wilayah yang telah dibebaskan, MEREKA MENGAMBIL PAKSA perempuan Muslim sebagai budak, sebagaimana yang dikehendaki oleh pejuang dan para ahli undang-undang mereka. Dan ini sering terjadi.

Dan saya akan menyebutkan beberapa insiden yang berjaya kita rakam atas mereka, sebagaimana yang diakui sendiri oleh ISIS. Seperti kelakuan ahli ISIS yang melanggar kehormatan seorang Muslimah di Al-Mayadeen. Dan sebelumnya ahli ISIS juga melanggar kehormatan seorang anak gadis di Atma! Hanya kepada Allah kami meminta perlindungan dan keselamatan.

Demikianlah, nafsu kebinatangan mereka telah membuat mereka melakukan tidak kejahatan. Mereka percaya bahawa puak bersenjata dan Mujahidin di wilayah yang dibebaskan adalah murtad dan wanita mereka juga murtad! Nafsu kebinatangan mereka telah mempengaruhi penilaian mereka sehingga melihat semua wanita Muslim di wilayah ini sebagai orang-orang murtad, dan mereka menyatakan bahawa mereka akan membawa para Muslimah ini sebagai budak. Dan hari ini, kita mendengar laporan saksi mata dari para Mujahidin di Reef Aleppo Utara dan bagaimana kelakuan ISIS yang mengambil para wanita sebagai budak.

Dan sebelum peristiwa ini, kita telah melihat bahawa Nafsu kebinatangan mereka telah mendorong mereka untuk mengambil perempuan Yazidi sebagai budak, tanpa menyedari aturan syar'i yang berlaku atas diri mereka dan akibat (berupa kerosakan / mafaasid) yang ditimbulkan. Yang mengakibatkan pembalasan kaum Yazidi terhadap perempuan Sunni di Iraq dan lain-lain.

Adapun cinta mereka untuk wang dan kuasa, maka dalam sengketa pertama mereka dengan Jabhat An-Nusra mereka menerbitkan Fatwa (vonis) setiap markas dan wang milik Jabhah Nushran (di Syria) adalah milik mereka! Jadi mereka menyerang dan mengambil sejumlah pangkalan, sumber-sumber dan bekalan logistik milik Jabhah Nushrah.

Dan orang-orang yang mengikuti sejarah pengumuman apa yang mereka sebut 'Khilafah', pasti mengetahui bahawa mereka mengatakan; "Jika Dr Ayman menjawab dan mengatakan bahawa kita mesti meninggalkan Syria dan kembali ke Iraq, maka kita akan pergi." Tetapi apabila jawapannya tidak sesuai dengan nafsu kebinatangan mereka, dalam hal ini kecintaaan mereka terhadap kuasa dan wang, mereka menolak untuk berbuat demikian dan mereka pun menikam Dr Ayman dari belakang (dengan memfitnah beliau).

Kami juga mendapati bahawa setiap orang tertindas yang tergabung ke dalam puak bersenjata, pasti senjata mereka, atau ibu pejabat mereka, atau sumber-sumber kewangan mereka telah dirampas oleh tangan ISIS. Dan selepas perampasan biadab itu, ISIS menjatuhkan hukuman murtad kepada puak-puak bersenjata ini. Dalam pertempuran pertama mereka menghadapi ISIS di Syria Timur, ISIS telah merampas sebahagian besar asas penting yang menyediakan sumber-sumber kewangan untuk puak-puak di wilayah itu.

Selanjutnya, ketika Jabhat An-Nusra berjuang melawan PKK, ISIS menikam dari belakang dengan merampas ladang gandum mereka, menduduki wilayah mereka, dan mengusir elemen Jabhat An-Nusra dari wilayah tersebut. Kenyataan pun menunjukkan bahawa ISIS lebih memberi tumpuan dalam pertempuran di wilayah yang mempunyai ladang minyak atau sempadan penyeberangan atau seumpamanya.
cBahkan dalam wilayah yang dikawal ISIS, mereka sanggup mengenakan cukai pada masyarakat! Sebahagian besar hukuman pilihan (ta'zir) yang dikenakan ISIS di wilayahnya adalah hukuman denda atas sejumlah wang. Kita juga boleh kembali pada kesaksian hakim ISIS sebelum ini yang bernama Shu'ayb Al-Misri, ia mengatakan bahawa Al-Baghdadi tidak menghalang penjualan rokok di Atma kerana merupakan perdagangan di seluruh dunia!

Demikianlah dorongan hawa nafsu kebinatangan dari ISIS untuk wang dan wanita mendominasi tindakan dan fikiran mereka. Mereka seperti binatang yang penuh nafsu.

(Muqawamah.net/arrahmah.com)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...