Thursday 17 January 2013

Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat


Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat

Pengucupan Alam Semesta

Menurut teori Big Bang, alam semesta yang luas tidak ketahuan dimanakah penghujungnya ini bermula daripada satu titik. Daripada titik inilah ia meletus lalu meluru dengan lajunya ke serata arah, mengembang hinggalah membentuk alam semesta hari ini. Proses pengembangan ini masih berterusan dan sentiasa semakin luas. 

Maksud firman Tuhan dalam al-Quran:
“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA.” {1}
“Dia telah MENINGGIKAN bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.” {2}

Titik asal itu memiliki kepadatan yang tidak terfikir oleh kita kerana di dalamnyalah terkandungnya seluruh alam semesta ini. Boleh jadi kepadatannya ‘melebihi tahap maksima’. Antara hujah kepadatan ini boleh kita lihat dalam ayat berikut:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?” {3} 

Gambaran Ringkas Mengenai 'Big Bang' 

Sebelum ‘Big Bang’ berlaku, ruang belum ada, tempat belum tercipta, arah tidak wujud dan sempadan ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi dan waktu belum dicipta.


Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi kelajuan luruannya semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang kelajuannya sangat hebat, kini ia menjadi semakin perlahan.

Samalah dengan kisah ‘bulu-bulu yang dilastik’. Pada mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses luruan itu terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya, begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti.

Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan letusan yang ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz bom. Ketika ia mula-mula meletus, ledakan dari ‘pusat letupan’nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat kemampuannya.

Begitulah halnya proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga sudah terhenti.

Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku?

Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang jatuh. Teori penguncupan ini dikenali sebagai ‘BIG CRUNCH’.

Al-Quran menceritakan:
“Hari Kami MENGGULUNG LANGIT seperti menggulung lembaran surat catatan, SEBAGAIMANA Kami MEMULAKAN KEWUJUDAN SESUATU KEJADIAN, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” {4} 

Pada hari kehancuran itu Allah akan menggulung semula alam semesta (mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta dicipta. Wallahualam. 


Koyakan Alam Semesta

Satu teori lagi menjangkakan proses pengembangan ini akan terus berlaku namun tetap membawa kepada kemusnahan alam semesta. Teori ini dinamakan ‘BIG RIP’. 

Untuk memahami teori ini kita ambil contoh belon. Ketika mula-mula ia ditiup kulit belon tebal. Apabila belon semakin besar, semakin nipislah kulitnya. Akhirnya, apabila ia sudah diregang hingga ke tahap maksima, ia akan terkoyak lalu meletup. 

Alam semesta ini juga akan terkoyak apabila ia teregang melebihi kemampuannya. Mungkin hal inilah yang digambarkan oleh Allah kepada kita:
“Apabila langit terbelah.” {5}
“Apabila langit terbelah.” {6}
“Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh).” {7}


VV Cephei- antara bintang terbesar yang diketahui manusia (VY Canis Majoris yang terbesar) adalah 288,194 kali lebih besar daripada bumi kita.


Nisbah bumi kita kepada VV Chepei pun hanya sebesar habuk, entah sebesar manalah bumi kita ini berbanding seluruh alam semesta. Sehalus manalah kita di sisi ilmu dan kerajaan Allah yang luas? Tapi manusia masih merasa dirinya hebat.
______________________________________
1.  QS Adz-Dzaariyaat: 4
2.  QS An-Naazi’aat: 28
3.  QS Al-Anbia’ : 30
4.  QS  Al-Anbiaa’: 104
5.  QS Al-Insyiqaaq: 1
6.  QS Al-Infitaar: 1
7.  QS Al-Haaqah: 16

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...