Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Manusia
akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari
Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan
memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di
antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar
menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di
antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang
berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul
pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang
beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb.
Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang.
Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah
Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan
menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW; “Ya
Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata :
“Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali
berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”,
mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan
kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman
kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW
kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!,
dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)

Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud
World
Tribune melaporkan bahawa Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz
berada dalam keadaan kronik. Disebutkan, "Keadaan Raja Abdullah
benar-benar buruk."
Surat
Khabar terbitan AS mengutip berbagai sumber dari Barat melaporkan,
"Raja Abdullah dalam beberapa hari ini, sangat kronik." Sementara itu,
Raja Abdullah, Kamis lalu, diberitakan meninggal dunia. Menyusul
pemberitaan kematian Raja Abdullah, Kerajaan Arab Saudi hingga kini
tidak menepis isu yang berkembang itu.
Sebuah
sumber lainnya menyebutkan bahwa Raja Abdullah berada dalam keadaan
sakit, tapi tidak ada indikasi kronik yang akan menyebabkan kematiannya.
Menurut laporan tersebut, Raja Abdullah menggalami gangguan jantung dan
punggung kerana pembekuan darah. Bahkan disebutkan pula, Raja Abdullah
mengidap penyakit mental (amnesia).
Hari
Kamis, World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini
menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya
di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud
al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada
dalam keadaan baik.
Dalam
enam bulan terakhir, Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil
Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab
Saudi. Sumber-sumber pemberitaan Barat menyebutkan bahawa Nayef sejak
akhir tahun 2010, menangani urusan luar negeri dan dalam negeri Arab
Saudi.
Para
analisis berpendapat, ada kemungkinan bahawa berita kematian Raja
Abdullah bin Abdul Aziz itu sengaja disiarkan untuk mempengaruhi suasana
politik di Timur Tengah. Namun jika seandainya berita ini benar, maka
kawasan akan segera menyaksikan perubahan besar di Negeri Hijaz itu, dan
bahkan di kawasan Timur Tengah secara keseluruhan.
Bilik
Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja
Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah
beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan
meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)

Siapa Selepas Raja Abdullah ?
Raja
Abdullah yang dilantik menjadi Raja Arab Saudi ke-6 pada 1 Ogos 2005.
Walaupun baru dilantik menjadi Raja, peranannya sebagai Raja de facto sebenarnya telahpun bermula sejak tahun 1995 apabila Raja Fahd diserang strok.
Berbanding
dengan Raja-Raja sebelumnya, Raja Abdllah merupakan Raja Arab Saudi
yang tertua. Beliau berusia 81 tahun ketika dilantik menjadi Raja dan
kini usianya telahpun mencecah 86 tahun.
Persoalan yang bermain sekarang ialah siapakah bakal Raja Arab Saudi seterusnya selepas Raja Abdullah bin ‘Abd al-’Aziz as-Saud. Pemilihan pengganti selepasnya sudah pasti akan menimbulkan konflik. Kenapa hal ini timbul sekarang ?
Sebenarnya
ramai dari kalangan kita langsung tidak mengetahui bahawa kesemua Raja
Arab Saudi adalah adik beradik dan anak kepada pengasas kerajaan beraja
tersebut iaitu ‘Abd al-’Aziz as-Saud bin Abdul Rahman bin Faisal atau lebih dikenali sebagai Ibn Saud.
Raja
Abdullah yang lahir pada bulan Ogos 1924 merupakan Raja Arab Saudi yang
ke-6. Beliau mewarisi tahta negara tersebut setelah adik tirinya Raja
Fahd meninggal dunia pada tahun 2005. Begitulah yang berlaku sebelumnya.
Sebaik sahaja Ibn Saud meninggal dunia, tahta negara tersebut diwarisi
pula oleh anak-anaknya daripada ibu yang berlainan.
Sistem
penggiliran tahta Arab Saudi memang unik dan mungkin satu-satunya di
dunia. Pada peringkat awalnya memanglah nampak elok namun ianya boleh
menimbulkan konflik, malah perang saudara yang berpanjangan jika tidak
kena caranya.
Arab Saudi Kirim Pasukan ke Bahrain untuk Tumpas Demo |
Mungkinkah
apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan
kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi
sebagaimana hadis di atas. WALLAHUA'LAM.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.