Thursday 5 September 2013

Mesir Beri Bonus 35 Juta Dolar AS Pada Polis untuk Kejayaan 'Bantai' Penyokong Mursi



KAHERAH, MESIR (voa-islam) -
Kementerian Dalam Negeri Mesir akan memberikan bonus puluhan juta dolar AS kepada para pegawai polis kerana kejayaan mereka "membantai" para demonstrasi penyokong Mursi yang hanya melakukan aksi duduk damai di Rabaa al-Adawiyah dan Nahda Square.

Surat kabar Al-Masry al-Youm melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri Mesir akan memberikan bonus kepada polis sebanyak 35 juta dolar AS  untuk menghancurkan protes aksi duduk damai di Rabaa al-Adawiyah dan Nahda Square pada 14 Ogos lalu .

Surat kabar itu melaporkan bahawa 4.3 juta dolar akan diedarkan di antara pejabat  keselamatan Kaherah dan Giza, sektor keselamatan awam, Badan Keselamatan Negara dan Pasukan Keselamatan Pusat.

Selebihnya akan diberikan kepada polis dalam kementerian negara.

Beribu-ribu orang penyokong Mursi tewas dalam demostrasi aksi duduk damai untuk menyokong kembalinya Presiden Muhamad Mursi ke kerusi presiden setelah digulingkan oleh tentera Mesir 3 Julai lalu.

Setelah kejadian, Kementerian dalam negeri Mesir mendakwa mereka merampas ribuan senjata dari demonstrasi duduk tersebut meski fakta dilapangan tersebut hanya terdapat  mushaf-mushaf Al-Qur'an milik demonstrasi .

Kementrian itu juga berkata bahawa kem-kem protes  tidak  lagi dibenarkan, dan pasukan keselamatan akan bertindak dengan tegas terhadap para demonstrasi. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...