Gadis cantik puteri tokoh Ikhwanul Muslimin ini tewas ditembak tentera Mesir Siraaj Ahad, 11 Syawwal 1434 H / 18 Ogos 2013 09:11
Asma al-Beltagi ...Muhammad al-Beltagi adalah seorang tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin (IM), pada Rabu (14/8 / 2013) berdiri kaku di hospital bahagian kecemasan dengan mata berlinang air mata memandang tubuh puterinya yang sudah tak bernyawa, menurut seorang saksi Asma al-Beltagi, gadis remaja cantik berusia 17 tahun, adalah salah seorang dari 500 lebih peserta demonstrasi yang meninggal dunia pada Rabu akibat tembakan polis dan tentera Mesir yang menyerbu dua kem demonstrasi penyokong Ikhwanul Muslimin di mana mereka memprotes rampasan kuasa yang di lakukan oleh tentera , para demonstrasi juga menuntut agar Muhammad Mursi - bekas presiden Mesir yang digulingkan dikembalikan jawatan nya..
Dalam catatan kematiannya, yang di siarkan oleh The Telegraph, mengatakan bahawa Asma telah ditembak di dada, tengkorak kepalanya hancur dan kaki kirinya juga patah. Anas al-Beltagi, kakak Asma, menceritakan bagaimana adiknya semasa dalam perjalanan untuk membantu orang-orang di rumah sakit kecemasan tiba-tiba terperangkap dalam rusuhan. "Dia ditembak dalam perjalanannya ke sana," katanya kepada The Telegraph. "Saya bersama dengannya sesaat selepas itu. Kami membawanya ke rumah sakit. Dia memerlukan sumbangan darah, tetapi kami tidak mampu mengadakannya. Dia meninggal dunia pada pukul 13:00, "ungkapnya sedih. Anas dan kakak Asma yang lain Malik al-Beltagi mengatakan bahawa mereka telah ditugaskan untuk memproses pengebumian adik mereka kerana ayah mereka Muhammad terpaksa harus bersembunyi disebabkan junta tentera memburu para tokoh IM. Walaupun demikian, belum jelas apakah Muhamamd Beltagi akan mengambil risiko menghadiri pengebumian jenazah puterinya. Salah satu bapa saudara Asma mengatakan bahawa saudaranya itu mesti menyembunyikan diri , seperti yang siarkan The Telegraph. Asma, dikenal seorang pelajar terbaik di sekolahnya. Gadis cantik itu juga dikenali mempunyai akhlak yang baik, baik hati, dan pendiam serta aktif di IM. "Dia adalah yang terbaik di sekolah. Dia seorang yang pendiam, dan mempunyai akhlak yang baik dan baik hati, "kata Hoda Muhammad, salah satu ibu saudara Asma sewaktu menziarahi jenazah Asma pada Khamis (15/8) bersama kerabat lain. "Dia selalu mengambil bahagian dalam kegiatan Ikhwanul Muslimin. Ayahnya adalah teladannya, "lanjut Hoda., Ahli keluarga Asma yang lain mengatakan bahawa Asma baru saja menyelesaikan tugas belajar Al-Quran, sebulan lalu. Gadis remaja ini terkenal di sekolahnya. Ketika ayahnya ditahan di jabatannya pada bulan Jun bersama Mursi, Asma termasuk terlibat dan bersemangat bersama para demonstrasi pro IM. Dia ikut sama tidur di khemah-khemah kecemasan bersama para demonstrasi perempuan lain. Pada malam itu, ketika junta tentera menyerang para demonstrasi, Asma bersama ibu saudaranya ikut turun ke jalan-lapangan Rabaa al-Adawiya-untuk menunjukkan penentangan terhadap junta tentera. "Kami mulai melantunkan (slogan-slogan perlawanan, red) dan berdoa kepada Allah kerana kami merasa kami akan menjad syuhada," kata Hoda. Beberapa minit kemudian Hoda kehilangan kelibat Asma di tengah-tengah orang ramai dan das -gas pemedih mata. "Kemudian saya menemuinya berlumuran darah di atas tanah," katanya. "Setiap minit seseorang meninggal di sekitar kami. Lantai-lantai rumah sakit penuh dengan orang mati dan terluka. Kami tidak dapat mencari ruang untuknya. "" Kemudian tentera mula melepaskan gas pemedih mata ke rumah sakit dan kami harus melarikan diri. "

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.