Jabhat Al-Nusra dari Jordan telah menyatakan bahawa konfrontasi terhadap ketenteraan Hizbullah di Syria perlu diberi keutamaan. Ini ditetapkan setelah Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan bahawa Hizbullah akan membela Syria dan membantunya menjadi negara pertahanan dari serangan tentera Jabhat Al-Nusra. Hizbullah berada di Syria atas keputusan dan kehendak Iran.
Namun misi utama Jabhat Al-Nusra bukan membebaskan Syria daripada pemerintahan diktator dan mengubahnya menjadi negara demokrasi moden. Tetapi tujuan mereka adalah agar mereka dan umat Islam akan bersama-sama bertempur dengan melawan musuh-musuh Islam walau di mana jua mereka berada. Dengan itu, pertempuran mereka melawan Hizbullah bukan sahaja menetap di Syria, malah mereka akan berpindah ke Lebanon. Mereka tidak membezakan antara Hizbullah dan Syiah sebagaimana mereka tidak membezakan antara Assad dan Alawit.
Berita di atas sekaligus menyanggah fitnah yang pernah dilontarkan ke atas Jabhat Al-Nusra iaitu mereka bertempur demi kekuasaan. Bukan. Bukan demi kekuasaan. Mereka sebenarnya bertempur semata-mata demi umat Rasulullah S.A.W yakni dengan menegakkan syiar Islam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.