hanyalah khurafat semata-mata yang tiada nyatanya.
Sehinggakan perbandingan yang hendak didedahkan di
sini adalah perbandingan antara ciri-ciri Imam Mahdi nyata
yang tergolong dari ajaran Ahlus Sunnah Waal Jamaah dan
Imam Mahdi rekaan yang diyakini oleh puak-puak Syiah:
• Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah
sesuai dengan nama Nabi dan nasabnya. Sedangkan
Mahdi Syiah, namanya Muhammad bin Hassan Al-Askari
• Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin Ali.
Sedangkan Mahdi Syiah dari keturunan Al-Husain bin Ali.
• Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya
adalah sama seperti kehidupan manusia yang lain (normal).
Sedangkan Mahdi Syiah dikandung dan dilahirkan dalamwaktu
semalam, lalu masuk sirdab pada umur 9 tahun,sementara
telah berlalu di dalamnya waktu sepanjang 1,150 tahun lebih.
• Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk
menolong kaum muslimin secara umum, tanpa membezakan
antara yang lain. Sedangkan Mahdi Syiah hanya untuk
Syiah Rafidhah, bahkan sangat membenci kepada bangsa
Arab, lebih-lebih lagi bangsa Quraisy.
• Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para sahabat dan
wanita-wanita kaum mukminin (isteri-isteri Nabi).
Sementara Mahdi Syiah sangat membenci mereka,
bahkan ingin menyeksa mereka setelah mengeluarkan
mereka dari kubur mereka.
• Mahdi Ahlus Sunnah
mengamalkan Sunnah Nabi dan membasmi bid'ah. Sementara
Mahdi Syiah mengajak kepada agama yang baru dan kitab
yang baru.
• Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara
Mahdi Syiah menghancurkan masjid.
Ia ingin menghancurkan Masjidil Haram Ka'bah,
masjid Nabawi, dan seluruh masjid.
• Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah
dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sedangkan
Mahdi Syiah berhukum dengan hukum keluarga Dawud.
• Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur.
Sementara Mahdi Syiah muncul dari sirdab Samarra'.
• Mahdi Ahlus Sunnah betul-betul wujud,
seperti yang terdapat dalam hadis dan penjelasan
para ulama'. Sementara Mahdi Syiah hanyalah khayalan
semata-mata dan tidak akan muncul sampai bila-bila pun.
(diringkaskan dari kitab Badzlul Majhud karya Asy-Syaikh
Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257
• Mahdi Ahlus Sunnah datang
membawa keadilan, kedamaian dan menegakkan kalimah
Allah S.W.T di muka bumi sebelum datang Hari Qiamat.
Sementara Mahdi Syiah datang membawa malapetaka dan
kehancuran yang sedang diperkatakan oleh
kebanyakan orang sehingga ke hari ini yakni Dajjal.
Dalil Hadis berkenaan dengan kemunculan Imam Mahdi
Abu Sa'id al-Khudriy r.a berkata: Bahawa Nabi S.A.W
bersabda: "Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya,
mancung hidungnya, pada masanya di dunia penuh
keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana
sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan
menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun."
[HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim].
Sumber dari Al-Ustadz Qomar.
Mari dengar Ceramah Agama Tentang Masa Depan Islam
di India, Pakistan Dan Bangladesh:
di India, Pakistan Dan Bangladesh:
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.