SYRIA - Ini kisah seorang anak muda, Mujahidin Syria, yang
terpaksa akur peraturan wajib militer kerana menjadi tentera rejim Asad .
Ia mendedahkan tentang kejayaannya keluar dari tentera Syria di tengah2
pergolakan perang di negara nya.

  Shamer (24),  adalah putra ketiga seorang ulama
 di Syria. Saat revolusi Syria bermula lebih 3 tahun yang lalu, ia telah pun
 menjadi tentera rejim tetapi selepas revolusi dan perang mulai berkecamuk, 
 ia berupaya keras  untuk keluar dari perkhidmatan tentera Assad,dan bergabung 
 dengan Mujahidin.
 Namun ketika masih dalam tentera Asad, ia dan kawan-kawanya, sempat
 berusaha ingin membunuh Basyar Asad. Ketika itu, rancangan rapi sudah
 diatur, di saat Asad dikhabarkan di jangka akan mengikuti sebuah majlis.
 "Namun sayang sekali, Basyar Asad telah membatalkan harsat untuk 
 menghadirkan diri ke majlis tersebut. Kemungkinan rancangan ini telah 
 bocor, "ungkap Shamer kepada wartawan Indonesia yang terdiri didalam 
 pasukan Wartawan Islam Bersatu (JITU) semasa membuat liputan konflik 
 Syria, Sabtu (19/4/2014).
Semangat jihad Shamer tumbuh dari lingkungan keluarganya yang memang
 berasal dari kalangan Muslim yang taat. Ayahnya adalah seorang ulama,
Imam dan Khatib, di Damsyik, Syria. Selain didikan ibu bapanya, di usia
masih belia, sebelum meletusnya perang, Shamer mengaku mendapat spirit
jihad dari para tokoh Hamas Palestin.
Masa itu, ujar Shamer, Masjid Al-Aqsa dikepung penjajah 'Israel' dan umat
Islam di Palestin dibantai Zionis. "Kami dan rakan-rakan mengadakan tablig
akbar dan mengumpul dana Palestin bersamaan dengan datangnya beberapa
tokoh Hamas di Damsyik, padahal di saat itu segala propanganda jihad menetang
'Israel' merupakan sesuatu yang sangat berbahaya bagi kami di Syria, kerana
rejim di sini terlalu menindas, dan banyak teman-teman kami yang ditangkap
dan dipenjara oleh rejim Asad kerana mengobarkan semangat jihad menentang
Zionis 'Israel', "tuturnya.
Selain spirit jihad, peristiwa menarik yang diungkap pemuda yang baru saja
menikah ini, adalah tentang kerjasamanya dengan Mujahidin di saat revolusi
Syria baru berlangsung pada 2011 lalu. Ketika itu dia masih lagi didalam
perkhidmatan tentera rejim,  dia telah ditugaskan membawa senjata oleh 
pasukannya ke wilayah Raqqah,bandar di sebelah timur Syria.
Kesempatan ini digunakan Shamer untuk menjalankan misinya. Ia menghubungi
Katibah Mujahidin tempatan yang ada di Raqqah. Ia memberitahu, bahawa ia
membawa banyak senjata, dan ia 'bersandiwara' dengan Mujahidin, aitu dengan mengatakan kepada pasukannya yang dia telah dikepung oleh mujahidin. "Sudah tentu perkara ini tidak diketahui  oleh teman-teman saya dalam pasukan tentera rejim," kata Shamer.
Selanjutnya, Mujahididin menghadang laju kereta tersebut dan mengambil semua peralatan senjata. Shamer dilepas. "Lalu saya melapor kepada kesatuan, bahawa
saya telah dihadang dan semua senjata yang saya bawa telah dirampas," ujarnya mengenang peristiwa pada 2011 lalu itu.
Jelas, di tengah peperangan, tindakan Shamer adalah sangat berani dan tentu
saja berbahaya. Namun, dengan hamasah yang sudah mulai diasah, rasa takut
menjadi sirna, berganti dengan keberanian yang luar biasa. JITU
(Azm / arrahmah.com )