Kisah Menyayat Hati Seorang Kanak-Kanak
Ini
adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak
di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan
telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
Di
antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya
kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana
kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak
dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah
tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan
sangat miskin.
Sejak
itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang
tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil
untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia
bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia
tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian
dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis
rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan
mana yang tidak.
Pulang
sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah
batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya.
Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan
ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala
urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan
jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk
mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah
buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat
memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang
menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah
wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan
juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah
di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman.
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab
yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak
tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang
Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan
sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya
sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap,
dan memakai bajupun masih dibantu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.