Penjara Halden di Norway ini dikatakan sebagai penjara termoden di
Eropah (bermaksud mungkin yang termoden di dunia). Fasilitinya pula
lebih moden dan indah berbanding sesetengah universiti di Malaysia.
Penjara ini menempatkan kira-kira 125 banduan dan menelan belanja
kira-kira $230 juta. Antara mereka ada yang disabitkan kesalahan
membunuh, merogol, mengedar dadah dan lain-lain jenayah. Tapi tidak
seperti penjara di negara-negara lain yang menghukum penjenayah, penjara
ini bertujuan untuk mengajar mereka menjadi manusia yang lebih baik. Di
penjara ini bilik disediakan untuk banduan yang dilengkapi dengan bilik
air, peti sejuk dan tv flat screen. Tingkapnya pula tidak
dipasang dengan jeriji besi. Di persekitaran penjara yang berkeluasan 75
ekar ini pula, pokok-pokok ditanam untuk mengurangkan perasaan dikurung
pada banduan dan disediakan laluan untuk berjogging.
Banduan pula bebas untuk melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam,
membela ternakan, barbecue, menyediakan makan malam sendiri (mereka
dibenarkan menggunakan pisau), memotong kayu, menunggang kuda dan
bermacam-macam lagi. Walaupun kawalan security adalah yang
terbaik, namun ianya dijalankan dalam keadaan sembunyi untuk membentuk
perasaan komuniti kepada banduan. Tidak seperti pengawal penjara yang pain in the ass
seperti dalam cerita Prison Break, hubungan antara mereka dan banduan
dibentuk kuat. Pengawal penjara tidak membawa pistol, memanggil banduan
dengan nama pertama, dan juga bersukan dan makan bersama banduan.
Mungkin ada yang berpendapat dengan wujudnya penjara seperti ini, orang
ramai tidak akan kisah jika ditangkap apabila melakukan jenayah, kerana
sekurang-kurangnya penjara yang disediakan mungkin lebih baik berbanding
sesetengah rumah mereka. Jadi adakah penjara di Norway ini berkesan
untuk mengurangkan kadar jenayah dan melindungi keselamatan orang awam?
Well, statistik tidak berbohong. Hanya 20% banduan yang
dibebaskan melakukan jenayah semula dan 80% lagi keluar untuk menjalani
kehidupan normal dan menjadi manusia yang lebih baik, berbanding
kira-kira 50 hingga 60% banduan di UK dan US yang melakukan kesalahan
jenayah semula. Dan Norway juga mencatatkan kadar jenayah antara yang
terendah di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.