Friday 26 July 2013

Kata-Kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu!


Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk
 [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti.
 Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu 
kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan
Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya.



Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya 
yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi
 penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah 
yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya 
menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid 
dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. 
Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak 
penduduk Damaskus, ahlu Syam.

Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, 

para pemuda bergegas-gegas menuju ke lokasi untuk melihat 
adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu
dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-

bangunan yang telah hancur rata sekali dengan tanah untuk 
melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang 
tertimbun di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. 
Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan.

Ayah berteriak menangis dengan berkata, “Anak perempuan 

saya, selamatkan anak perempuan saya.”

Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari 

runtuhan tersebut, hati seorang ayah itu masih lagi tertinggal 
di bawah runtuhan itu.

Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan 

orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah
 runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang 
yang berada di bawah runtuhan tersebut.

Ternyata seorang gadis muda masih t
erperangkap di bawah 
runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan 
serangan udara daripada tentera Assad.

Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan 
dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun 
untuk menyelamatkan beliau?

Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia 
melihat cahaya, “Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) 
kamera itu, saya tidak memakai tudung!”

Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, 
dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.

Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau 
berjaya dibawa keluar daripada bedilan serangan udara tentera 
Assad sebentar tadi.

Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda 
itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu
yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?

Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada
udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan 
orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh 
gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam 
dan terpelihara maruahnya.

Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak 
penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, 
bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, 
sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang
 mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup 
bersaudara dalam satu komuniti.
Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan 
yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak
penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari
negara itu.

Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan 
Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka 
takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] 
ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. 
Wallahua’lam.

Berikut adalah URL link klip video bagi rakaman situasi di atas:




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...