Monday 9 March 2015

Begitulah perilaku sadis yang dilakukan kaum Khawarij

Afwan, sebelum masuk pada inti, antum harus tahu ringkasan sejarahnya ...
Sebentar saja, tolong perhatikan;

Antum ingat tidak dengan sahabat Nabi bernama Abdullah Bin Khabbab ... ??
Tubuh Abdullah bin Khabab itu diseret kemudian disiksa hingga tewas. Belum puas, Hubla isteri Abdullah mengalami nasib lebih tragis. Perutnya dibelah hidup-hidup dan isinya dikeluarkan. Keluarganya dari anak anak hingga orang tua juga dibantai tidak tersisa.

Begitulah perilaku sadis yang dilakukan kaum Khawarij, kaum pembangkang dizaman pemerintahan Khalifah Ali Radhiyallahu'anhu, yakni sepupu dan sahabat Baginda Nabi. Peristiwa memilukan itu lalu menjadi alasan sahih bagi Sayyidina Ali untuk memulakan operasi tentera menumpaskan kaum Khawarij.



Sesaat sebelum perang melawan pembangkang khawarij di Nahrawan meletus, khalifah Ali mengutus sahabat besar Nabi Muhammad, Abdullah bin Abbas radhiyallahu'anhuma untuk berdialog dan menyiasat keadaan mereka.

Mari kita dengar sebentar penjelasan Abdullah bin Abbas tentang ciri-ciri Khawarij:

"Mereka adalah kaum yang menakjubkan dalam hal ibadah.
 Tampak bekas-bekas sujud di dahi mereka.
 Siang hari mereka berpuasa dan malam hari diisi dengan tahajjud dan membaca al-Quran.
 Mereka adalah qori 'dan kaum penghafal al-Quran.
 Tubuh mereka kurus dan pucat kerana banyak berpuasa.
 Pakaian mereka kelihatan kasar dan menjauhi dunia.
 Mungkinkah mereka tersesat? "

Ketika mendengar penjelasan ibnu Abbas, sambil memandang kejauhan, Sayyidina Ali menjawab:

"Wahai Ibnu Abbas, seandainya tidak ada aku (selepas Rasulullah), maka tidak ada seorang pun yang sanggup dan yakin melawan mereka. Tapi cukuplah sebagai bukti kebenaranku, bahawa esok selepas peperangan, tidak lebih 10 orang dari mereka yang masih hidup, dan tidak lebih dari 10 orang pasukanku yang binasa. "

Ucapan Sayyidina Ali terbukti. Selepas perang, hanya 7 orang pasukan Ali yang syahid dan hanya 9 orang pasukan Khawarij yang hidup.

Oleh: Abu Husein At-Thuwailibi

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...