Monday 9 March 2015

Rasulullah 'alaihi shalawatu wa salam sudah meramalkan kedatangan Khawarij

Jauh sebelum Perang Nahwaran terjadi, Rasulullah 'alaihi shalawatu wa salam sudah meramalkan kedatangan mereka. Dahulu, di zaman Nabi di Madinah, ada seorang yang jika solat, dia sudah datang sebelum sahabat nabi datang. Dan masih solat, apabila sahabat Nabi pulang. Kagum atas ibadah orang ini, sahabat Nabi menceritakan kepada Nabi.



 Ketika Nabi melihatnya, Nabi berkata,

"Aku seperti melihat bekas tamparan syaitan wajahnya."

Lalu Nabi mendatangi orang tersebut dan bertanya,

 "Apakah waktu kamu solat, kamu merasa tidak ada yang lebih baik dari dirimu?"

"Benar," jawab orang tersebut, sambil masuk ke masjid.

Nabi Muhammad saw lalu berkata kepada sahabatnya,
 "Kelak akan muncul kaum dari keturunan orang tersebut, yang mana bacaan al-Quran kamu tidak ada nilainya berbanding bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya berbanding solat mereka, dan puasa kamu tidak ada artinya dibandingkan puasa mereka . Mereka membaca al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawa al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya al-Quran itu akan melaknat mereka. Umatku akan menderita di tangan mereka. Merekalah seburuk-buruknya manusia. Jika aku hidup saat itu, aku akan bangkit melawan mereka. "
(Hadits Shahih Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...