Monday, 9 March 2015

Mereka menggunakan bendera dengan khalimah tauhid nama Islam hanya untuk membohongi manusia.

1400 tahun selepas tertumpasnya Khawarij di Nahwaran, kaum yang paling merasa diri mereka suci sehingga merasa mempunyai hak untuk membunuh sesiapa ini telah muncul tepat di jantung Timur Tengah.



 Mereka muncul dalam bentuknya yang paling bengis. iaitu ISIS stau IS.
Daulah Islam Iraq dan Syria (yang sekarang berubah nama menjadi IS) menyimpang dari tanzhim al-Qaeda, sebuah gerakan jihad sunni yang menggegarkan dunia dan sempat goncang Amerika. segingga para petinggi al-qaedah pun angkat bicara bahawa mereka berlepas diri dari ISIS dan menyatakan bahawa ISIS adalah khawarij moden yang menyimpang. dan kini tanzhim ISIS seolah beroperasi meluluh lantakkan Syria dan Iraq dan menyerang pelbagai puak mujahidin yang tidak selari dengan mereka.

Mereka menggunakan nama Islam hanya untuk membohongi manusia.
ISIS hampir melakukan semua kejahatan dan kebengisan yang hanya ada di abad-abad pertengahan. Mereka bukan hanya membunuh tawanan yang sudah menyerah bahkan melaksanakan-nya di depan wanita dan anak-anak. Mereka juga menyembelih, menyeksa, menyalib para mujahid yang mereka tawan dan para ulama.

Perbuatan bengis ini melanggar prinsip-prinsip Islam yang paling asas. Mereka berniat mendirikan Negara Islam justru dengan melanggar syariat Islam. Membunuh orang tua, wanita dan anak-anak dilarang keras dalam Islam. Bahkan dalam keadaan perang sekalipun.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...