
Al-Qaradawi juga memberi peringatan kepada semua kumpulan Yahudi radikal yang telah menodai Masjid Al-Aqsa serta melakukan serbuan berulangkali ke atas masjid tersebut. Beliau menegaskan lagi bahawa Al-Aqsa merupakan “Garisan Merah” yang tidak boleh diganggu.
Ketua Ulama Sedunia ini juga menyeru agar rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dan bangsa Arab di Mesir, Jordan, Suria dan negara-negara jiran yang lain agar melakukan “Intifadoh” melindungi Al-Aqsa dan membebaskannya dari penjajahan Zionis. Beliau juga memberi amaran kepada Zionis bahawa Ummat Islam kini sedang mengalami fatrah musim bunga bagi Arab (Arab Spring). Mata dan telinga mereka sentiasa peka dengan Yahudi dan mereka tidak lagi tidur.
Lembaga Al-Quds Antarabangsa telah memberi amaran dan peringatan kepada semua pihak bahawa bahaya yang semakin bertambah disebabkan banyaknya serangan Yahudi radikal terhadap Al-Aqsa. Mereka sedang mempercepatkan projek-projek yahudisasi dengan pembahagian Masjid Al-Aqsa. Malah lebih serius lagi apabila Mahkamah Agung Zionis membenarkan kelompok Yahudi ekstremis melakukan upacara keagamaan di dalam Masjid Al-Aqsa secara maksimum tanpa sekatan. (PIP)
Sumber: The Palestinian Information Center.
Diterjemahkan oleh Mohd Mukhlis bin Mohd Nasri
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.