
Malaysia jangan ikut Amerika tak iktiraf Hamas
Kerajaan
Malaysia harus mengiktiraf kerajaan Hamas di Palestin dan tidak
mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang memusuhi parti itu, kata ahli
parlimen Shah Alam, Khalid Samad."Kami sebagai ahli parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya.

"Kerajaan lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas?" kata beliau dipetik Harakahdaily pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Khalid juga dipetik akhbar milik PAS itu sebagai berkata kerana tidak mengiktiraf Hamas segala bantuan ke atas Palestin disekat oleh Amerika.
Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga menyampaikan harapan kerajaan Hamas agar tekanan terhadap Amerika ditingkatkan agar nasib malang rakyat Paletin dapat diubah.
Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno BN agar mengambil iktibar daripada penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan segala pemborosan dalam perbelanjaan negara.

"Sebagai contoh, untuk rawatan kumbahan mereka hanya perlu 1.5 bilion sahaja tapi kita guna 28 bilion sebagai ketirisan. Jadi jangan cakap soal nak tolong Palestin kalau tak ada keinsafan untuk ubah cara pemerintahan," katanya lagi dipetik Harakahdaily.
Beliau antara tiga ahli parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu.

Tujuan lawatan itu adalah untuk meninjau sendiri mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk serangan berterusan oleh rejim Yahudi dan Amerika sehingga menyebabkan 1.5 juta penduduk negara itu terus menderita
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.