Monday 5 March 2012

Askm, Selamat hari khamis.

Tahukah anda bagaimana untuk merasai kemanisan dalam beribadah kepada Allah, kerapkali kita merasakan amat payah, berat dan terpaksa didalam melakukan ibadah kepada Allah. Adakala berpuluh2 tahun kita merasai seperti terpaksa, dan akibatnya... hanya solat sahaja yang kita tunaikan. tetapi bagai mana dgn tadarus quran? zikir memuji tuhan? qiyammullail dll? 


Memanglah semua orang akan berpendapat angkara syaitan qarin berada dalam diri setiap manusia. Namun bagi kita yang payah sangat untuk merasakan kemanisan dalam beribadah, masih ada lagi jalan keluar nya tapi permulaannya sahaja agak berat sedikit...tapi sikit saja.

Begini permulaan nya sebelum solat fardu kita solat sunat dulu sebelum berlaku niat dalam solat sunat tersebut.. berdoalah dengan lafaz dari mulut tujuan solat sunat ni semata2 ingin mendekati diri kepada Allah, rasa bersyukur sebagai hamba kepada pencipta. Maksudnya sebelum memulakan niat solat ye... jangan salah faham. Amal cara begini di sebelum memulakan semua solat sunat.



 Dan perkara seterus nya mungkin berat sikit...tapi sikit saja. Jika mampu laku kan semua solat sunat walaupun malas dan berat sekali pun, paksa diri kita... di samping amalkan doa sebelum mulakan solat spt di atas. Allah amat mengetahui akan sifat malas hamba2nya, Allah amat faham yang kita solat sunat dalam terpaksa, semata2 ingin mendekati pada NYA, kita malas tapi kita paksa. Kita malas tp kita doa spt diatas. Apa kita anggap Allah acuh tak acuh dengan doa kita tadi? Bersangka baiklah pada Allah ye..!Kerana Allah jua membekalkan kita dgn malaikat qarin dan syaitan qarin dalam tubuh kita termasuk Rasullullah tetapi Rasulullah dapat menundukan syaitan tersebut dengan izin Allah spt mana yg terdapat dalam riwayat hadis.


 Kemudian itu yg ni berat sikit...tapi sikit saja . Paksa diri berzikir memuji nama Allah sebanyak mungkin, dari bilangan 10 gandakan 50 begitulah seterusnya. Dimasa ini lah teman karib ghaib kita datang lagi menziarah... iaitu Cik Malas. Jangan lupa paksa diri, doa lagi spt diatas sebelum memula zikir. Apabila Allah melihat kita sanggup paksa diri walaupun malas sambil berdoa supaya didekatkan diri pada Allah... rasa2nya Allah pandang tak doa dan usaha kita tadi? Masa ni lah kita kena bersangka baik pada Allah iaitu ar-Rahman, ar-Raheem. Dan yang seterusnya memang berat sikit...memang berat pun, kemudian kita berjinak2 dengan qiyamullail. Beratkan?
nak bangun solat malam jam 3am...pedih mata bukan? 



begini saja lah buat permulaan bagi yang bangun untuk kerja morning shif laku kan lah solat tahajud dulu jam 5.00am, sebelum solat tahajud doa spt di atas tadi. Kemudian tingkatkan kepada 4.45am, kmdian tingkatkan ke 4.00am sehinggalah ke 3.00am kerana Allah dekat di langit pertama di sepertiga malam. Set kan alarm hp doa lagi supaya di beri kekuatan untuk qiyamullail. Kalau masih lagi payah...solat lah dulu 4.45am atau 5.00am dah alang2 bangun nak pergi kerja kan?


 Pendek kata untuk mendapat kemanisan dalam ibadah suka tak suka kena lah tempuh yang berat sikit,,,,,tp sikit saja...buat sambil berdoa spt di atas. Kalau tidak... dari umur kita 18 th sampailah umur 60 th masih solat fardu saja, ibadah yang lain tak buat2 dan kemanisan dalam ibadah payah nk dapat lantas mengeluh susah nak kusyuk lah, tak rasa seronok lah dalam ibadah. Lepas tu rasa diri sudah lengkap sebab solat fardu tak pernah tinggal. Sedangkan dalam ibadah kepada Allah ada solat fardu, solat sunat, baca quran, qiyamullail dll. Pendek kata Islam adalah ad-deen dan Al quran bukan saja untuk dibaca tapi untuk di amal. Yang baik dari Allah yang salah itu dari saya sendiri. wassalam.
by: azmi jihad al sunnah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...