Monday 5 March 2012


ZikruLLAH Sumber Kekuatan Jihad; Kisah Perang Pejuang Sufi Chechnya - Aslan Maskadov

Aslan Maskhadov Presiden Syisyan, syahid pada 8 Mac 2005 .
(Petikan temuramah Majalah 'The Muslim'* dengan Aslan Mashkadov, Presiden Chechen yang disiarkan pada tahun 1999. Tajuk artikel ini ialah "Zikrullah, Sumber Kekuatan Jihad)".

Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000 orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"

Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."

Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada kami di Chechya dan Islam telah terpelihara semasa zaman Komunis dari generasi ke generasi . Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam.

Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan kami akan berselawat kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini."

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...