Saturday 22 June 2013

Mereka menikam perut Abu Bakr sambil memusingkan pedang di dalam perut nya agar dia terseksa.

By Assed Baig, 
artikel asal dalam bahasa inggeris
di terjemahkan oleh: Azmi Jihad






Laporan terbaru muncul mengenai pemghapusan etnik Muslim yang berlaku di bandar Meiktila, Myanmar. Pelarian mulai menceritakan pada dunia tentang apa yang mereka saksikan dengan mata kepala mereka sendiri.

"Mereka telah memukul sesuka hati penduduk Muslim di depan saya. Saya sendiri menyaksikan dan saya masih boleh menbayangkan !. "Noor Bi, yang sempat melarikan diri bersama anak kecil nya di bandar Meiktila sambil menangis  mencerita bagaimana suami dan abangnya di pukul bertalu2 ''



Rusuhan yang berlarutan dan pihak polis seolah2 tidak dapat berbuat apa2 bagi melindung kaum minoriti Muslim . Nor Bi yang berumur 26-year-old kini seorang janda bersama dengan seorang anak berusia tiga tahun memeritakan kejadian tersebut ,dan buat masa kini dia dan Muslim lain telah di tempatkan di IDP kem.

"Mereka memukul dan terus memukul dan mereka mencampakkan suami dan adik lelaki saya ke dalam api yang sedang marak ! mereka di bakar hidup2 !  mereka masih bernyawa lagi ketika dilemparkan ke dalam api. Mereka telah dibakar hidup-hidup. " sambil menangis Nor Bi terus menceritakan lagi..


"Apabila mereka telah selesai dengan kekejaman mereka, mereka mengarahkan Nor Bi dan muslimah lain untuk bongkokkan badan sambil ke dua tapak tangan di rapatkan seperti yang di laku kan para penganut buddha kepada sami2 buddha tapi engkar sebaliknya kami sujud ke arah Kabbah, Mekah, lalu mereka sami tersebut naik berang lantas memukul kami dengan tanpa belas kasihan''

 Noor berhenti seketika seolah-olah keberatan untuk memberitahu kisah pengalaman pahit itu.

"Kemudian pihak polis meminta sami dan  untuk berhenti dari memukul kami bagi memberi peluang dan memastikan bahawa kami akan tunduk bongkok kepada sami-sami tersebut."



"Mereka telah berhasil membuat kita seolah sembah  pada  mereka dan sebab itulah kita berpeluang hidup pada hari itu, "sambil menundukkan pandangannya ke tanah.. Tiada siapa yang akan menyalahkan muslimah tersebut;  meski pun Islam  hanya membenarkan tunduk dan berdoa  kepada Allah sahaja, tetapi dalam hal ini ianya melibatkan  hidup atau mati,

Sami-sami yang meminta untuk disembah itu kelihatan umur masih muda lagi. Nor Bi juga telah di pukul ketika sedang mendukung anaknya lalu menyebabkan anaknya terlepas dari pelukannya, nasib baik anaknya telah diselamatkan oleh seorang wanita Buddha lantas melindungi lalu membawanya kepada anggota keselamatan. Lima belas wanita telah diletakkan di atas sebuah trak polis dan dibawa ke balai polis. Pihak polis meminta mereka untuk diam tenang, kerana mereka ( polis) perlu kembali ke kawasan rusuhan bagi menyelamatkan orang lain.



Kisah Noor Bi bukan kisah terpencil tapi ada lagi iaitu Muhammed enam belas tahun (namanya ditukar, dirahsiakan demi keselamatan) beliau sempat melihat kawan-kawannya dibunuh di depan matanya sendiri.
Keganasan yang bermula pada 20 Mac selepas pertikaian kecil di sebuah kedai emas dan membawa kepada serangan gerombolan Buddha terhadap minoriti Islam di Meiktila. Muhammad dan pelajar lain bernasib baik kerana sempat bersembunyi . Muhammad dapat melihat bagaimana sami-sami Buddha itu membakar sekolah berasrama penuh mereka. Dalam 09:30 pagi baru lah anggota polis tiba dengan tiga trak untuk mengiringi pelajar bagi keselamatan.

Muhammad dan pelajar lain telah diminta oleh pihak polis untuk masuk ke dalam trak polis. tapi ada masalah besar pula timbul apabila terdapat kumpulan buddha telah berdiri di belakang trak polis, ini membuat kami takut untuk menaiki trak tersebut.



"Saya rasa seperti nak gila bila kenangkan saat iyang kami alami." Matanya kelihatan letih, dia memberitahu saya ..dia tidak dapat tidur dengan baik dan sering alami mimpi ngeri setiap malam ''. "Sami2 buddha juga tidak membenarkan kami berjalan melalui kawasan mereka, walaupun dengan polis pengiring. Kami mencuba juga berjalan dalam ketakutan walaupun bilangan polis yang tidak mencukupi untuk melindungi kita. "Matanya penuh dengan keperitan..''
.
"Kami terpaksa merapatkan kedua tapak tangan seperti (menyembah) di atas kepala sambil tunduk memberi penghormatan kepada sami-sami ketika  berjalan," Kami ingat kami semua terlepas dari bahaya...tapi tiba2 mereka  mula menyerang kami. Saya lihat rakan-rakan saya dibunuh. "
"Mereka mengheret Abu Bakar ketika dia mahu menaiki  trak, dan mula memukul beliau sampai lembik lalu  mereka melemparkan dia dalam api ketika beliau masih lagi bernyawa . Kemudian saya lihat Muhammad cuba bangun dengan payah, lalu mereka lantas menikam  perut  Abu Bakr dengan pedang sambil memusing-musingkan pendang tersebut yg masih lagi berada di dalam perut Abu Bakar agar beliau terseksa!! ""Saya masih boleh bayangkan kejadian itu" Muhammad menarik nafas, sambil tangan mereka menggenggam diantara satu sama lain.



Keluarganya berdiri di sekeliling cuba untuk memberikan sokongan, sambil bapa saudaranya mengusap bahu Muhammad, Muhammad memberitahu saya bahawa terdapat beberapa muka-muka baru dalam rusuhan,


sekitar100  buddha  mula berjalan ke trak polis. Menjelang kejadian akhir itu 25 pelajar dan empat guru telah dibunuh, dipukul, ditikam dan dibakar hidup-hidup. 71 lagi terselamat tetapi masih lagi di dalam keadaan murung dan trauma. Sehingga kini masih terdapat ramai lagi  saksi2 lain kejadian di Meiktila, mereka secara perlahan-lahan mula mengapai dunia. Mereka perlahan-lahan menjenguk kabar bantuan dari negara lain...mereka pasrah , menangis dan letih...

Kita mesti memastikan mereka tidak hilang.........

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...