Wednesday 5 June 2013

Ratusan pemberontak Syi'ah Houthi dari Yaman telah menghantar beberapa pejuang mereka ke Syria untuk berjuang bersama pasukan rejim Assad,

Shoutussalam - Sebuah sumber rasmi yang merupakan salah seorang pegawai Yaman melaporkan bahawa ratusan pemberontak Syi'ah Houthi dari Yaman telah menghantar beberapa pejuang mereka ke Syria untuk berjuang bersama pasukan rejim Assad, dilansir dari Asharq Al Awsat. Keterangan yang sama juga dikatakan oleh kumpulan pembangkang Syria.

Sebelumnya, Syi'ah Houthi di Yaman menjadi sorotan awam beberapa waktu lalu saat melakukan penyerangan dan pengepungan terhadap sebuah sekolah milik kumpulan Salafy yang amat terkenal, iaitu Darul Hadits di Dammaj, Yaman. Mereka akhirnya berjaya dipukul mundur setelah Tandzim Al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menghantar sepasukan mujahidinnya untuk membantu Salafy.

Disebutkan, bahawa para pemberontak Houthi terlebih dahulu menuju kem tentera Hizbullah di Lebanon sebelum dipindahkan menuju front pertempuran Syria.

"Kedatangan para pemberontak Houthi di Syria bertepatan dengan pengumuman atas penglibatan Hizbullah dalam berjuang bersama rejim Syria. Penyertaan Houthi merupakan aksi simbolik dan bertujuan untuk menegaskan kesatuan sekutu Assad ..," kata pegawai Yaman yang tidak mahu menyebutkan namanya itu.

Sumber dari Yaman tersebut mendakwa bahawa Iran memanfaatkan dua pulau Eritrea di Laut Merah untuk tujuan latihan dan sebagai lokasi penyimpanan senjata bagi para pemberontak Syi'ah Houthi. Sumebr dari Sana'a, Yaman telah menerima maklumat rasmi bahawa beberapa Houthi telah kembali dari Syria melalui pulau-pulau ini, kembali memasuki Yaman menggunakan kapal nelayan kecil.

Media Yaman sendiri telah melaporkan bahawa kira-kira 200 pemberontak Houthi meninggalkan Yaman minggu lalu untuk berjuang bersama pasukan loyalis Assad di Syria, mereka mengajukan diri bergabung atas dorongan dari Iran.

Abdulfattah al Batool, seorang penulis yang mengkhususkan diri mempelajari kelompok-kelompok Islam, mengatakan, "Nampaknya perkembangan terkini konflik di Syria telah memaksa rejim Assad untuk berpindah dari semula yang bergantung tenteranya sendiri, beralih bergantung pasukan khas yang diwakili oleh pasukan Garda Revolusi Republik Iran, bersama dengan ribuan sukarelawan Syi'ah dari Hizbullah, Iraq dan Yaman. "

"Perubahan strategi rejim telah memberikan ratusan pemberontak Houthi peluang untuk menyertai dalam pertempuran di Syria, bersama pejuang Syiah dari tempat lain," tambah Batool.

Seorang pakar ahli di Yaman mencatat, "Para pemberontak Syi'ah Houthi melihat jatuhnya rejim Assad akan menamatkan kempen Syi'ahisme mereka di Yaman, itu akan memberi kesan kepada putusnya hubungan mereka dengan Lebanon dan Iran ..."

Dia mengakui bahawa penyertaan Syi'ah Houthi berjuang bersama rejim Syria mungkin tidak akan begitu bermakna tanpa kehadiran ribuan pejuang dari Hizbullah dan Iraq, tetapi hal itu mempunyai nilai moral dan nilai simbolik serta ideologi yang besar, menunjukkan kesatuan kem Syi'ah Iran. "[ arkan / dbs]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...