-gambar hiasan-
Semasa
Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari
dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan
dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah
yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa
mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka Nabi
Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya
ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.
Doa
baginda dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada
lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini.
lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya
lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...
saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan
perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu
lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki
itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu
api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.
Maka
pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu
api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka
pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu
di ikatnya elok-elok dan pergilah saya hendak menghantar ke rumah si
pembeli itu.
Dipertengahan
jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan....
selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu.
Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah
gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi
tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi
tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya
mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.
Maka
akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan
setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api
itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu
yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun
sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan
perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.
Renungan
: Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd
sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa
balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada
anak-anak kita ???
Dan
juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak
dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, pinggan, mangkuk,
pen dan sebagainya..?
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...
[video diatas membuktikan betapa azab seksaan kubur itu sangatlah pedih..]
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.