Dan
Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan
Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada
kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman
jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah
ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu
dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu
mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang
yang beriman”.
Pengkaji
Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini.
Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark,
mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut
as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan
tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai
pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga
Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama
tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak
ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah
bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga].
KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah
sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan
ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang
diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s
‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :
"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27
Dan Musa ada di
sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh
malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan
pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28
Ketika Musa turun dari gunung
Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari
gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena
ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29
Diambilnyalah loh hukum Allah
dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut
itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20
Dibawanyalah tabut itu ke
dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya
sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan
Tuhan kepada Musa. 40:21
Berdasarkan ayat-ayat ini, apa
yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang
tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi
Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan
di Bukit Tursina (Sinai).
BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?
Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :
1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.
2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.
3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh :

“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”
“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)
Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”
“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”
Kita lihat terjemahannya :
ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS
Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan'
Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang
memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA
hinggakan ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana
datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan
dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia
akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang
mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara.
PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM
Banyak
juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu
tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia
untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak
menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:
1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang?
2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?
3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)
4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu?
5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.

Bangsa
Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang
mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa
pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka.
Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan
menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini
memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika
tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di
Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda :
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.