Mahabaharata dan Ramayana
ceritakan berlaku peperangan besar pada zaman purba yang turut
membabitkan senjata nuklear, peluru berpandu. Dua epik India kuno,
Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun
lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang
benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku
kebingungan.
Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri. Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan.

Malah, tatkala meneliti ayat
yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan
digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini,
penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan. Epik terbabit ditulis
kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi
peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih
lama iaitu 5,000 tahun lalu.
Mengikut
logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh
daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang
mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi
teknologi bom nuklear. Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia
seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan
panah saja. Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti
filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi
tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno
itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM.
Begitulah gambarannya mengikut
logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah
peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah
serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu.
Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan
itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta
mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu.
Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.

Perang
kali pertama (1) dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa
Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip
pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin
tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus
melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan
lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat
dahsyat."
"Dalam sekelip mata, sebuah
bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa;
angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan
menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup
disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit
runtuh, bumi merekah.
"Matahari bergoyang di angkasa,
panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi
bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati
terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan
lainnya semuanya mati.
"Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus."
Gambaran pada perang kali kedua (2) lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut:
"Pasukan
Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin
sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini
seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti
terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat
indah."
"Mayat terbakar sehingga tidak
mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas
tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi
untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan
senjatanya."
Selesai
membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi
India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka
mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya
tinggalan arkeologi peperangan itu.
Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata.

Kajian saintifik mendapati
proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi
1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu
mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai
suhu demikian.
Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.
Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.
Dalam kebingungan diselubungi
enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu
sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju
sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear.
Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.
Cuba kita renungkan apa yang telah tercatat di dalam Al-Quran :

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. [Qs.Al-An'am: 6]
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.