Pada
1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat
mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah
satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat
kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat
bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John
F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad
pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke
angkasa lepas.
Pada musim panas 1969, Moscow
mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun,
tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang
dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding
teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav
diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding
komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang
jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.
Penafian sejarah dunia sains AS
ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah
ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada
zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi
ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah
0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada
tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1}
beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan
untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia
sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?
Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever
pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery)
menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik
kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun
seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan
daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori
penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.
PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA
1.
Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar?
Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain
suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar. Memang NASA
telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut,
tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya
berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu
sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin.
2. Tiada kesan hentaman jet modul
pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan
tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi
tapak-tapak kaki di situ masih wujud.
3. Tapak kaki angkasawan
tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya
tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan
di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan
dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki
yang dalam dan details?
4. Pergerakan para angkasawan di
bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang
sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala
pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.
5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika. Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.
6.
Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti
yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya
berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya
matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari
membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik
lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif
jurugambar dari bayang tersebut.
7.
Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada
angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video
rakaman NASA.
8. Suasana angkasa
ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap
pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan
atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di
atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan
tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.
9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA.
Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera,
mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa
bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang
disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang
jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
10.
Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul -
video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan
manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?
________________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Pendaratan Di Bulan Oleh Angkasawan USA Satu Penipuan?
2. Lihat video oleh NASAexplorer, NASA | Sharper Views of Apollo 12, 14, and 17 Sites
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.