Friday, 8 June 2012

Negara Paling Berbahaya Di Dunia


Kebanyakan orang beranggapan negara yang dilanda peperangan dan ancaman pengganas seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan, Somalia dan sebagainya termasuk dalam senarai antara negara paling berbahaya dan tidak selamat untuk dikunjungi. Namun dengan kadar pembunuhan lebih 80 orang bagi setiap 100,000 penduduk, Honduras menduduki senarai teratas bagi negara paling berbahaya di dunia. Pemerintahan tentera, korupsi, ancaman keganasan geng pengedar dadah, jurang perbezaan pendapatan yang tinggi di kalangan penduduk dan kadar jenayah yang tinggi menyumbang kepada negara Amerika Tengah dengan bilangan penduduk seramai 7.7 juta orang ini tidak selamat untuk dikunjungi.
Selain itu Honduras juga mencatat kadar jenayah yang tinggi berpunca daripada geng pengedar dadah digelar 'maras' yang kebanyakannya digolongi anak-anak muda dengan keanggotaan melebihi sepuluh ribu orang. Antara kegiatan jenayah yang melibatkan geng yang mencacah tatu di bahagian badan untuk menunjukkan kesetiaan kepada geng mereka ini ialah antaranya mengedar senjata api, pembunuhan, rompakan, mengedar dadah, penculikan, peras ugut dan sebagainya. 
Oh ya, dikhabarkan di sesetengah bandar di Honduras penduduknya hanya berkenderaan untuk keluar dan tidak berani untuk berjalan kaki walaupun di waktu siang kerana jenayah rompakan dan peras ugut berlaku tidak kira siang atau malam. Holy shit! Pasti syarikat petroleum untung besar di sana. Well, itupun jika mereka bernasib baik sebelum dirompak dan dibunuh oleh geng maras.



Shark versi Tegucigalpa Gangster

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...