Friday 25 April 2014

Bukti Lain Kebiadaban Rejim Nushairiyah




( Arrahmah.com ) - Seseorang yang pernah berkhidmat di dalam tentera Syria selama 13 tahun sebagai polis tentera bersama rakan - rakannya mendokumentasikan selama dua tahun 55,000 foto dari 11,000 orang yang diseksa secara sistematik hingga mati oleh aparat rejim Nushairiyah Syria pimpinan Bashar Assad , menurut laporan yang dilaporkan oleh Anadolu Agency ( AA ) .

Bekas polis tentera Syria itu mendokumentasikan foto - foto jasad para tentera tentera yang dibawa dari tempat penahanan mereka ke rumah sakit tentera selama perang Syria berlangsung .

Mayat - mayat yang dibawa ke rumah sakit tentera itu sepenuhnya terdiri daripada para ahli pembangkang . Keadaan mereka menunjukkan kelaparan , penyeksaan kejam , pencekikan , dan bekas - bekas dari kaedah penyiksaan dan pembunuhan lain . Bekas polis tentera Syria itu rutin mengambil gambar jasad dan wajah orang - orang di tahanan selepas menandakan mereka dengan ' sistem penomboran ' , yang telah dibawa ke rumah sakit tentera setelah disiksa dan dibunuh sebelumnya .




tahanan suriah1

Foto - foto mayat mangsa penyiksaan yang didokumenkan itu masing - masing terdapat kod tulisan tangan . Bekas polis tentera itu mempunyai 55,000 foto di antara masa dua tahun revolusi Syria , ia mengaku sudah muak dengan polisi pembunuhan dengan kaedah penyiksaan dan diam - diam melakukan hubungan rahsia dengan pembangkang Syria untuk mengungkap kejahatan rejim . Ia biasanya menyimpan dan menghantar salinan foto - foto itu secara rahsia kepada orang yang dipercayai menggunakan flash drive .





                      foto tahanan Syria yang diseksa sampai mati


Dengan usaha dari pembangkang Syria , telah dibentuk pasukan penyelidik yang di dalamnya terdapat para pakar ilmu forensik dan forensik imaging yang mempunyai pengalaman luas dalam proses pendakwaan atas jenayah perang , jenayah kemanusiaan dan jenayah lain yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa .



                                         tahanan Syria - foto by tahrir souri

Untuk mengesahkan sama ada gambar - gambar itu nyata atau hasil editan , foto - foto itu dimuat naik secara langsung ke sebuah server yang selamat di sebuah makmal di Inggeris untuk dikaji . Terungkap bahawa seluruh gambar penyeksaan tersebut tidak diubah secara digital ( asli ) .

Pasukan itu telah mengkaji 26,000 daripada 55,000 foto . Diungkapkan bahawa ada bukti jelas penyiksaan dan pembunuhan sistematik terhadap orang - orang dalam foto - foto itu .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...