Saturday 26 April 2014

Perbezaan Antara Ciri-ciri Imam Mahdi Ahlus Sunnah Dan Syiah yang Mungkin Anda Belum Ketahui

















Seperti yang telah kita ketahui, sebenarnya Mahdi ala Syiah 
hanyalah khurafat semata-mata yang tiada nyatanya.
Sehinggakan perbandingan yang hendak didedahkan di 
sini adalah perbandingan antara ciri-ciri Imam Mahdi nyata 
yang tergolong dari ajaran Ahlus Sunnah Waal Jamaah dan 
Imam Mahdi rekaan yang diyakini oleh puak-puak Syiah:

•    Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah 
      sesuai  dengan nama Nabi dan nasabnya. Sedangkan 
      Mahdi Syiah, namanya Muhammad bin Hassan Al-Askari

•    Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin Ali.
      Sedangkan  Mahdi Syiah dari keturunan Al-Husain bin Ali.

•   Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya 
     adalah sama  seperti kehidupan manusia yang lain (normal). 
     Sedangkan  Mahdi Syiah dikandung dan dilahirkan dalamwaktu 
    semalam, lalu  masuk sirdab pada umur 9 tahun,sementara 
    telah berlalu di dalamnya   waktu sepanjang 1,150 tahun lebih.

•  Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk
    menolong kaum muslimin secara umum, tanpa membezakan
    antara yang lain. Sedangkan Mahdi Syiah hanya untuk 
    Syiah Rafidhah, bahkan sangat membenci kepada bangsa
   Arab, lebih-lebih lagi bangsa Quraisy.

• Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para sahabat dan 
   wanita-wanita kaum mukminin (isteri-isteri Nabi).
   Sementara Mahdi Syiah sangat membenci mereka,
   bahkan ingin menyeksa mereka setelah mengeluarkan 
   mereka dari kubur mereka.

• Mahdi Ahlus Sunnah 
   mengamalkan Sunnah Nabi dan membasmi bid'ah. Sementara
   Mahdi Syiah mengajak kepada agama yang baru dan kitab 
   yang baru.

• Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara
   Mahdi Syiah menghancurkan masjid.
   Ia ingin menghancurkan Masjidil Haram Ka'bah,
   masjid Nabawi, dan seluruh masjid.

• Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah
   dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sedangkan
   Mahdi Syiah berhukum dengan hukum keluarga Dawud.

• Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur.
   Sementara Mahdi Syiah muncul dari sirdab Samarra'.

• Mahdi Ahlus Sunnah betul-betul wujud,
   seperti yang terdapat dalam hadis dan penjelasan
   para ulama'. Sementara Mahdi Syiah hanyalah khayalan 
   semata-mata dan tidak akan muncul sampai bila-bila pun.
   (diringkaskan dari kitab Badzlul Majhud karya Asy-Syaikh
   Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257

• Mahdi Ahlus Sunnah datang
   membawa keadilan, kedamaian dan menegakkan kalimah
   Allah S.W.T di muka bumi sebelum datang Hari Qiamat.
   Sementara Mahdi Syiah datang membawa malapetaka dan
   kehancuran yang sedang diperkatakan oleh 
  kebanyakan orang sehingga ke hari ini  yakni Dajjal.



















Dalil Hadis berkenaan dengan kemunculan Imam Mahdi

 Abu Sa'id al-Khudriy r.a berkata: Bahawa Nabi S.A.W 
bersabda: "Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, 
mancung hidungnya, pada masanya di dunia penuh 
keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana 
sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan 
menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun." 
[HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim].

Sumber dari Al-Ustadz Qomar.

Mari dengar Ceramah Agama Tentang Masa Depan Islam 
di India, Pakistan Dan Bangladesh:


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...