Saturday 26 April 2014

Mujahidin Bersungguh-sungguh Membebaskan Tawanan di Penjara Aleppo, ISIS Pula Menyerang Mujahidin dari Belakang


Seketika ISIS mula mengkhianati para Mujahidin dan menikam mereka 
dari belakang, As-Syahid Saifullah As-Shishani menolak untuk 
menerima arahan daripada Al-Baghdadi untuk memerangi Mujahidin 
yang lain. Dengarlah kata-kata beliau ini, khas buat para penyokong 
ISIS:

"Aku datang untuk mempertahankan kehormatan kaum Muslimah
 dan darah kanak-kanak dan ianya merupakan Jihad di Jalan Allah.
 Aku datang bukan untuk menentukan siapa kafir dan siapa Mukmin.
 Aku datang bukan untuk membeli tanah. Aku datang bukan
 untuk menikahi wanita. Aku datang bukan untuk mengkafirkan FSA,
 tetapi untuk membantu mereka. Kami adalah tetamu di sini, dan
 kamu (Mujahidin Syria) adalah Ansar, tuan rumah, dan apabila 
Jihad di sini sudah selesai, kami akan berada di tanah 
Jihad yang seterusnya."


Saifullah Al-Shishani yang mengetuai Jaish Muhajirin waal Ansar 
enggan mengikuti langkah Omar Al-Shishani dalam berbai'ah 
terhadap ISIS. Lalu beliau telah menyertai Jabhah An-Nusrah. 
Beliau syahid ketika mengetuai serangan untuk membebaskan 
tawanan di penjara Aleppo bersama-sama dengan Jabhah 
Islamiah berserta kumpulan-kumpulan yang lain. 
Semoga Allah menerimanya sebagai Syahid.

Pada masa Mujahidin bersungguh-sungguh untuk membebaskan 
penjara di Aleppo, ISIS menyerang dan merampas markaz-
markaz Ahrar Al-Syam di Hasakah.

Berikut adalah ucapan Syeikh Mohaisany sejurus sebelum 
serangan ke atas penjara Aleppo dimulakan:

"Kami tidak mahu bertemu Allah S.W.T dalam keadaan 
tangan kami dicemari darah kaum muslimin."

Dalam klip video di bawah berserta sarikata, kita dapat melihat 
As-Syahid Saifullah Al-Shishani yang duduk di sebelah kanan 
Syeikh Mohaisany semasa ucapan Syeikh Mohaisany berlangsung. 
As-Syahid Saifullah Al-Shishani telah syahid semasa mengetuai 
serangan ke atas penjara Aleppo.



Syeikh Mohaisany adalah Syeikh yang telah menawarkan dirinya 
untuk menjadi orang tengah dalam perjanjian damai di antara 
Mujahidin lain dengan ISIS seperti dalam klip video di atas, akan 
tetapi ISIS telah menolaknya. 


Bagaimanakah Akhlak Mujahidin yang Sebenar-benarnya?

Klip video di bawah pula adalah yang di rekodkan oleh seorang 
ahli ISIS telah menunjukkan keadaan yang berlaku selepas 
peperangan di antara ISIS dan Liwa' Tauhid di Al-Rai. Ahli 
ISIS yang merakam video ini adalah berasal dari Kuwait, 
dan beliau termasuk dalam kalangan beberapa ahli ISIS yang 
berjaya ditawan oleh Liwa' Tauhid, dan beliau juga cedera di kaki 
akibat terkena tembakan. Beliau menyatakan sejurus selepas 
peperangan selesai bahawa Liwa' Tauhid merawat semua ahli 
ISIS yang cedera, dan mereka dapat duduk dan berborak 
bersama-sama. Video ini juga turut merakamkan perjalanan 
ahli ISIS tersebut dari dalam trak Liwa' Tauhid sehinggalah beliau 
sampai ke pusatfirst aid Liwa' Tauhid dan diberikan rawatan 
secukupnya.

Ahli ISIS ini juga menyatakan bahawa walaupun Liwa' Tauhid 
mengalami ramai yang syahid dalam peperangan itu, mereka 
tetap merawat tawanan mereka dengan baik.


Jadi, beginilah akhlak para mujahidin yang sebenar.


Tanggungjawab Mujahidin Sangatlah Berat

Para Mujahidin amat menitikberatkan hal keselamatan orang 
awam di dalam operasi mereka. Ini dapat dibuktikan sebelum 
mereka memulakan operasi ketenteraan yang diberi nama 
"Waqtarab Al-Wa'd Al-Haq" yang bermaksud, "Sesungguhnya 
janji yang benar itu telah dekat", kumpulan Mujahidin 
mengeluarkan kenyataan dengan memberi amaran kepada 
penduduk awam supaya menjauhi markas-markas dan checkpoint 
tentera Rejim supaya mereka tidak terperangkap di dalam 
serangan tersebut.

Walaupun dari segi strategi ketenteraan ini adakalanya mungkin 
pihak Rejim akan memperolehi maklumat mengenainya, akan 
tetapi pihak Mujahidin lebih mementingkan keselamatan orang 
awam agar nyawa orang yang tidak bersalah dapat dipelihara.



Berdasarkan gambar di atas, surat ini dicop dan ditandatangani 
oleh kumpulan mujahidin dari:
  • Ahrar Al-Syam
  • Liwa' Al-Tauhid
  • Jabhah An-Nusrah
  • Tajammu' Fastaqim Kama Umirt
  • Jaish Mujahidin
Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...