Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima.
Aduan Rakyat 30 Mei 2012 - SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.
Pelajar terbabit turut tertekan pengambilan pelajar IPTS dalam program itu kemungkinan tidak mengambil kira unjuran pengambilan guru ditetapkan Kementerian Pelajaran yang dengan sendirinya menutup peluang mereka menjadi guru.
Ini ditambah dengan pelanjutan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun seperti diumumkan dalam Bajet 2012 yang dikhuaitiri menutup peluang graduan kolej dan universiti swasta menceburi profesion keguruan.
Inikah cara kerajaan mengutamakan rakyat? Pinjaman ptptn sebanyak hampir rm50,000 mcm mana pelajar itu nak membayar? Kenapa lulusan sekolah cina kerajaan boleh terima jadi guru? Takut ke kepada persatuan cina kerana undi untuk pru 13? jika kerajaan tidak mengiktiraf ijazah ipts kenapa diberi lesen kpd ipts untuk jalan kursus ijazah pendidikan? apa gunanya dan maknanya diberikan taraf MQA kepada ipts tersebut?
Nama ipts pun sempena nama EX PM Tun Abdul Razak. Tdak ada standard ke ipts tersebut? Kursus tersebut sudahlah mahal kerja pula tak diberikan. Apa nak jadi kepada org2 kampung mcm kami yg teraniaya ini?
Mungkin pembangkang boleh tolong kami mengatasi masalah kami.Tunggulah pada PRU 13 ini.Kami akan tunjukkan kuasa kami.
Ipts pula tidak memberitahu bakal2 pelajar bahawa pekerjaan tidak dijanjikan atau bla bla. sampai masa nak habis kursus baru ipts tersebut mengatakan kerja tiada dan tak layak kerja dgn kerajaan.Duit ptptn habis disedut. ini salah siapa dan siapa tipu siapa? Faktanya yang menjadi mangsa adalah orang2 kampung seperti kami. Inilah permainan orang2 bandar yang cerdik/kaya kebanyakan nya kroni kerajaan. PM nak rasa denyut nadi rakyat tapi kroni2nya sedut darah rakyat. Adilkah kerajaan kita hari ini???
By: JH Rahman
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.