Wednesday, 30 May 2012

SAKA NENEK?







Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini salah seorang ahli jemaah DA telah membawa sepasang suami isteri yang juga rakan lama ke Baitul Ibadah Pusat Rawatan berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan. Diceritakan kepada saya bahawa si isteri sering mengalami gangguan hingga rumahtangga mereka menjadi kucar-kacir. Si suami mengatakan apabila isterinya bersendirian dirumah pasti akan berlaku sesuatu gangguan kepadanya hingga menjadi masalah kepada si suami untuk berurusan diluar rumah.

Setelah mendengar cerita dari si suami maka saya pun memulakan rawatan keatas isteri tadi. Saya scan dibahagian ibu jari kakinya tetapi tidak dapat merasakan sebarang gangguan yang dikatakan. Apabila saya mula diam bertafakkur untuk memantapkan zikirulLah keseluruh tubuh badan dan terasa gema zikir, saya renung tepat ke muka si isteri tadi bagi menyelami masalah yang dihadapinya.

Secara tiba-tiba si isteri tadi menjerit meraung dan terus rebah pengsan. Jemaah DA dan si suami tadi kelihatan agak panik juga sedangkan saya hanya tersenyum saja melihat kejadian tersebut hingga membuatkan mereka berdua merasa pelik. Seterusnya saya letakkan tapak tangan ke ubun-ubun si isteri tadi sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, terus si isteri tadi tersedar dan terus duduk.

Read more: http://darul-azzikri.blogspot.com/
SAKA NENEK? ~ Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI Lalu saya renung tepat muka si isteri tadi dan berkata padanya “Jika benar nenek yang mengaku sebagai penjaga kamu tu ada panggil dia datang, saya cabar dia berdepan dengan saya”. Si isteri tadi mencuba beberapa kali dan akhirnya berkata “tak boleh la dia tak mahu datang.” Kata saya padanya “Baiklah kalau betul nenek tu ada saya akan panggil dia datang, saya tau bagaimana caranya untuk panggil dia datang.” Lalu saya seru nenek saka tadi dan menggerakkan tangan ke arah si isteri tadi seolah-olah nak menyerahkan atau memasukkan sesuatu kepadanya.

Sekali lagi si isteri tadi rebah dan secara tiba-tiba bangun dan duduk dalam keadaan seperti orang sedang marah sambil menjerit dan berkata “Kenapa kau panggil aku? Kenapa kau berani cabar aku?” sambil menghentakkan penumbuknya ke lantai. Saya hanya tersenyum melihat gelagat “nenek saka” ni. Lantas saya letakkan semula tapak tangan ke ubun-ubun si isteri tadi dan secara serta-merta dia terus rebah dan meraung-raung kesakitan katanya. Kemudian saya panggil isteri kepada jemaah DA tadi yang kebetulan datang bersama.

Saya minta isteri jemaah DA tadi letakkan tangannya dibahagian hati pesakit, terus si pesakit tadi meraung dan menangis kesakitan. Saya pula terus bangun dan berlalu keluar mengambil angin. Tak lama kemudian saya lihat si pesakit tadi berhenti meraung, menangis dan terus duduk. Jemaah DA tadi bersama si suami datang mendapatkan saya yang mengambil angin diluar untuk menanyakan apa yang berlaku.

Sambil tersenyum saya terangkan kepada si suami tadi sebenarnya tiada gangguan nenek saka yang berlaku kepada si isteri sebaliknya apa yang berlaku hanyalah lakonan semata-mata. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Saya yang paham maksud pandangan mereka tu menjelaskan pada mereka sebenarnya waktu melakukan scan memang tiada apa gangguan yang saya lihat sebab itulah beberapa kali saya mencabar “nenek saka” tu tapi dia tak juga datang. Saya juga katakan pada mereka semasa saya letak tangan pada ubun-ubun si pesakit tadi saya hanya baca alif ba ta dan ABC saja sampai habis.

Pelik la jugak bila baca alif ba ta dan ABC pun boleh rebah sampai meraung-raung kesakitan dan kepanasan. Bagi membuktikan lakonan ini, sebab tu saya mintak isteri jemaah DA yang belum pun belajar apa-apa ilmu perubatan dari saya untuk membantu dengan meletakkan tangannya pada bahagian hati si pesakit. Bertambah terbuktilah bila orang yang tak tau apa-apa tak baca apa-apa ayat pun letak saja tangan terus meraung dan akhirnya sembuh dari kerasukan “nenek saka” tadi.

MasyaAllah! Satu lagi kes saka buatan sendiri rupanya. Apa yang saya nampak sebenarnya si isteri tadi hanya berpura-pura terkena gangguan semata-mata untuk mendapatkan perhatian dari suaminya. Dari pengakuan suaminya sendiri mengesahkan si isteri terkena “gangguan” pada waktu-waktu dia keluar rumah untuk berjumpa dan minum bersama kawan-kawan. Si suami juga menceritakan yang si isteri pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum ini tetapi sering diabaikan dan pernah dipukul oleh suami, akhirnya mereka bercerai barulah berkahwin dengan suami yang sekarang.

Masalah trauma la ni takut suami buat perangai dan takut ditinggalkan suami. Macam-macam hal dengan manusia ni ye. Macam-macam juga tipu helah dalam menjaga rumahtangga ni sebenarnya kan… kan… kan… entahlah……

Firman Allah :
“Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu Yang melakukan sesuatu perbuatan keji Yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. dan (hukuman) Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya” (QS Al-Ahzab : 30)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...