(An-najah.net) - saya teringat ayat Al-Quran, yang terjemahnya sebagai berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati, (QS. 2:159)
BeKecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (QS. 2:160)
Kedua, ketika para ulama syiah menghadapi hadits shahih dari Nabi maupun imam yang tidak sesuai dengan mazhab syiah, mereka mengatakan bahawa Nabi atau imam mengatakan hadith itu dalam keadaan taqiyah, artinya yang disabdakan tidaklah benar adanya. Misalnya hadis ini, ketika ulama syiah tidak mampu menolak hadis ini kerana sanadnya yang sahih, maka mereka mengatakan bahawa hadis ini disabdakan dalam keadaan taqiyah. Maksudnya adalah Nabi sebenarnya tidak mensabdakan hadits ini tetapi Ali bertaqiyah hingga menyebutkan hadits ini.
Al Hurr Al Amili dalam Wasa'il menyatakan:
"Syaikh [At Thusi] dan [ulama] lain menafsirkan riwayat ini sebagai taqiyyah, kerana bolehnya nikah mut'ah adalah perkara aksiomatis dalam mazhab syiah"
Kita perlu mempersoalkan mengapa sabda Ali tidak sesuai dengan ajaran syiah, itu dianggap sebagai taqiyah. Tetapi kita tahu bahawa taqiyah tidak mungkin dilakukan tanpa sebab, iaitu ketakutan. Lalu apa yang Imam Ali takutkan hingga bertaqiyah dalam masalah ini? Apakah kita mempersoalkan kembali sifat berani Ali bin Abi Talib kerana di sini digambarkan takut untuk menyampaikan kebenaran?
Juga kita mempersoalkan sumber maklumat Syaikh At Thusi dan ulama syiah lain hingga mereka tahu bahawa imam Ali bertaqiyah ketika meriwayatan sabda Nabi itu. Jika tidak ada maklumat yang sah apakah kita mengatakan bahawa ulama syiah hanya mengira-ngira saja, tanpa berdasari maklumat yang sah. Hanya dengan satu alasan, yaitu menyelisihi hal yang aksiomatis dalam mazhab lalu begitu saja sabda imam boleh dihukum taqiyah.
Satu lagi akibat berat bagi ulama syiah yang menyatakan bahawa Ali bertaqiyah dalam hadis itu, bererti Ali mengarang-ngarang hadis Nabi SAW padahal Nabi SAW tidak pernah mengucapkannya. Kerana kenyataan Ali di atas adalah riwayat, bukan pendapat Ali sendiri, tapi menceritakan sabda Nabi SAW. Perbuatan ini dikenali dalam istilah hadis dengan "berdusta atas nama Nabi". Sedangkan perbuatan berdusta atas nama Nabi adalah perbuatan dosa besar, Kitab Tafsir Surat Al Hamd karya Muhammad Baqir Al Hakim-ulama syiah Iraq-pada hal. 40 memuat sebuah riwayat yang panjang dari Ali, yang dinukil dari Wasa'ilu Syi'ah-karya Al Hurr Al Amili-, dalam riwayat itu Ali menukil sabda Nabi:
siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja hendaknya menyiapkan tempatnya di neraka.
Hadis ini juga dinukil oleh As Shaduq dalam Al I'tiqadat hal 119-120, juga disenaraikan dalam Al Ihtijaj jilid 1 hal 394.
Apakah Ali mengarang hadis Nabi SAW hingga harus bersiap-siap masuk neraka? Atau Ali mendengar sabda Nabi dan menyampaikannya sesuai yang didengarnya? Saya tidak percaya Ali berdusta atas nama Nabi SAW, juga mestinya syiah-yang percaya Ali adalah maksum-tidak percaya bahawa Ali telah berdusta.
Maka jelaslah Ali mengikuti sabda Nabi SAW, bahawa nikah mut'ah adalah haram dilakukan saat ini, walaupun pernah dihalalkan oleh Nabi dalam beberapa keadaan, iaitu dalam keadaan perang.Tetapi syiah saat ini menghalalkan mut'ah dalam segala keadaan, tidak hanya ketika keadaan perang. Ini bezanya nikah mut'ah yang pernah dibolehkan pada jaman Nabi SAW dan mut'ah yang menjadi sebuah aksioma dalam mazhab syiah hari ini.
Dengan ini muncul keraguan dan soalan tentang hubungan mazhab syi'ah hari ini dengan Ali bin Abi Talib. Rupanya memang tidak semua omongan orang sesuai dengan kenyataan. COntohnya syiah yang selalu mengaku mengikuti Ali, tetapi kenyataannya sungguh berbeza. Ternyata hal aksiomatis dalam mazhab syiah berbeza dengan ajaran Ali bin Abi Talib /
Saya ingatkan para pembaca tentang kenikmatan syurga beserta bidadari-bidadari yang menyambut penghuninya, beserta isteri-isteri syurga. Tentunya kenikmatan "jannah" lebih menggairahkan dibanding kenikmatan dunia. Allah berfirman dalam surat Yasin yang terjemahnya sebagai berikut:
Sesungguhnya penghuni jannah pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).(QS. 36:55)
Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertekan di atas dipan-dipan.(QS. 36:56)
Ayat di atas menceritakan penghuni surga bersenang-senang dalam kesibukan bersama isteri mereka. Kira-kira apa kesibukan penghuni sorga hingga membuat mereka gembira, yang dilakukan bersama isteri di atas katil? Pembaca pasti tahu jawabnya!
* (Hakekat.com)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.