Monday, 3 February 2014

Saudi Musuh Nombor Satu Iran


Musuh nombor satu negara Syiah Iran ternyata bukan Israel , melainkan Arab Saudi . Pernyataan itu disampaikan bekas timbalan Amerika Syarikat untuk Timur tengah , Frederick Huff sebagaimana dikutip oleh alrabiya.net semalam ( 30/01/2014 ) .



Menurut seorang pegawai Iran yang ditemuramah Huff , Iran semakin mahal kedudukan Arab Saudi dalam peta konflik di Syria . Selama ini Saudi dikenali sebagai negara yang mengecam campur tangan Hizbullah dan militia - militia syiah asing lain di Syria .


Pegawai tersebut mengakui , selama ini Iran menggunakan Hizbullah sebagai garis pertahanan dari ancaman Israel . Kerana itu , Iran akan terus menyokong militia syiah di Lubnan tersebut . Iran akan memastikan Hizbullah tetap wujud dengan terus membekalkan dana dan senjata .

Selain itu , Iran memerlukan pemimpin rejim Syria , Basyar Asad sebagai penyokong kumpulan Hizbullah . Peranan Basyar Asad sangat kritikal , jika Basyar Asad berjaya disingkirkan pembangkang , rencana yang disusun Iran selama ini akan amburadul . Dengan kata lain , " Basyar Asad adalah sebahagian daripada Strategi besar Iran , " kata Huff .

Frederick Huff juga mendapatkan pengakuan dari pejabat Iran bahawa kerajaan Iran membekalkan senjata kumpulan - kumpulan syiah di Syria . Tujuan utamanya bukan membela basyar asad , melainkan mempertahankan kewujudan Hizbullah bila mana rejim jatuh . [ Hmd / Alarabiya ]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...