Tuesday 8 September 2015

13 ahli ranjau darat Houtsi tewas dalam serangan udara oleh pasukan gabungan pimpinan Saudi -



13 ahli ranjau darat Houtsi tewas dalam serangan udara oleh pasukan koalisi pimpinan Saudi
Asap hitam ke udara di ibu negara Yaman, Sana'a setelah pasukan gabungan pimpinan Saudi melancarkan serangan udara menyasarkan kedudukan Houtsi. (Foto: AP) -



SANA'A - Pasukan gabungan pimpinan Saudi meneruskan kempen udara mereka dengan menyasarkan kedudukan Houtsi di ibu negara Sana'a, terutama pangkalan udara al-Dailami yang diduduki oleh Houtsi dan ibu pejabat mereka di dekat gunung Al-Nahdain dan Al-Suwad juga Al-Hafa yang terletak di selatan Sana'a, ujar laporan Al Arabiya pada Senin (7/9/2015).

Sumber dari Pasukan Perlawanan Rakyat mengatakan kepada Al Arabiya bahawa 16 militia Syiah Houtsi tewas termasuk 13 orang ahli ranjau darat, dalam serangan yang mensasarkan kenderaan yang membawa mereka di wilayah Habab, barat wilayah Marib.

Sumber juga mengatakan bahawa serangan udara pada Ahad (6/9) mampu menghancurkan sejumlah kenderaan tentera di Marib.

Marib telah menjadi salah satu medan pertempuran utama dalam beberapa hari terakhir dengan pengeboman udara berat dan pertengkaran di darat.

Di utara Yaman, pertembungan sengit terjadi di Jafina dan Balak.

(ar rahmah)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...