Tuesday 8 September 2015

Pakar NASA ini masuk Islam pasca sembunyikan fakta Lailatul Qadar

Subhanallah ternyata banyak yang disembunyikan oleh orang-orang barat tentang kehebatan Islam yang ditunjukan dalam bentuk kejadian alam di dunia ini.

Kepala Lembaga Mukjizat Ilmiah Al-Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith As-Sayyid menegaskan bahawa, Badan Nasional Angkasa Amerika (NASA) telah menyembunyikan kepada dunia bukti empiris ilmiah tentang (malam) Lailatul Qadar. Demikian dilaporkan oleh BIP, Ahad (5/7/2015).

Ia menyayangkan kumpulan jutawan Arab yang kurang perhatian dengan masalah ini sehingga dunia tidak mengetahuinya. Menurutnya, sesuai dengan hadis Nabi bahawa malam Lailatul Qadar adalah "baljah" (بلجة); tahap suhunya sedang), tidak ada bintang atau meteor jatuh ke (atmosfera) bumi, dan pagi harinya matahari keluar dengan tanpa sinaran cahaya. "
Sayyid menegaskan, terbukti secara ilmiah bahawa setiap hari (hari-hari biasa) ada 10 bintang dan 20 ribu meteor yang jatuh ke atmosfera bumi, kecuali Lailatul Qadar di mana tidak ada sinaran cahaya sekalipun.

Hal ini sudah pernah ditemui Agensi Angkasa NASA 10 tahun lalu. Tetapi mereka enggan menyiarkannya dengan alasan agar non Muslim tidak tertarik masuk Islam.
Petikan ini mengutip ucapan seorang pakar di NASA bernama Carner, seperti yang dipetik oleh harian Al-Wafd Mesir.


Pakar NASA ini masuk Islam pasca sembunyikan fakta Lailatul Qadar
Ilustrasi - Pakar NASA ini masuk Islam pasca sembunyikan fakta Lailatul Qadar

Hal tersebut dikemukakan Abdul Basith Sayyid, Kepala Lembaga Mukjizat Ilmiah Al-Quran dan Sunnah di Mesir, serta Dr. Abdul Basith As-Sayyid juga menyokong hal tersebut dalam sebuah program di TV Mesir.

Sayyid juga menegaskan, pakar Carner akhirnya masuk Islam dan harus kehilangan jawatannya di NASA.

Ini bukan pertama kalinya, NASA mendapat kritikan dari pakar Islam. Pakar geologi Islam Zaglol Najjar pernah menegaskan, NASA pernah menghilangkan satu laman di laman web rasmi beliau yang pernah disiarkan selama 21 hari. Laman itu mengandungi hasil ilmiah tentang cahaya aneh yang tidak terhad dari Kaabah di Baitullah ke Baitul Makmur di langit.

Sayyid menegaskan, "tingkap" yang berada di langit itu mirip yang disebutkan dalam Al-Quran.

ولو فتحنا عليهم بابا من السماء فظلوا فيه يعرجون لقالوا إنما سكرت أبصارنا بل نحن قوم مسحورون

"Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya. Tentulah mereka berkata:" Se sungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir "." ( al-Hijr: 14)

Saat itu Carner menyaksikan dengan bukti jelas bahawa angkasaraya ketika itu gelap selepas "tingkap" itu tersibak. Oleh itu, setelah itu Carner mengisytiharkan keislamannya.


Sunnah mencium Hajar Aswad
Sunnah mencium Hajar Aswad

Selepas Carner masuk Islam, ia menafsirkan fenomena "mencium Hajar Aswad" atau mengisyaratkan kepadanya - seperti penjelasan Abdul Basith Sayyid - bahawa batu itu merakam semua orang mengisyaratkan kepadanya (dengan lambaian tangan) atau menciumnya. Carner juga mendedahkan tentang sebahagian potongan Hajar Aswad yang pernah dicuri. Selepas 12 tahun diteliti, seorang pakar muzium Inggeris menegaskan bahawa batu tersebut memang bukan dari planet tata suria Matahari.

Carner, pakar Inggeris itu kemudian melihat sample Hajar Aswad sebanyak biji (kacang) hims. Ia mendapati bahawa batu itu melancarkan gelombang pendek sebanyak 20 sinaran yang tidak kelihatan ke segala arah. Setiap radiasi menembusi 10 ribu kaki.

Carner menambah, batu itu mampu mencatat nama-nama orang yang mengerjakan haji dengan sinaran gelombangnya. Sebagaimana, tegas Sayyid Abdul Basith, Imam Syafie menyatakan bahawa Hajar Aswad mencatat nama setiap orang yang mengunjunginya baik dalam haji atau umrah sekali saja.

(ar rahmah)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...