Tuesday 8 September 2015

Maasyaa Allah, sabda Rasulullah tentang jarak pintu syurga terbukti dengan Google Maps




Maasyaa Allah, sabda Rasulullah tentang jarak pintu surga terbukti dengan Google Maps


MEKAH. - Allahu Akbar, kini Allah Taala membuktikan kebenaran bisyarah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam 14 abad silam melalui aplikasi Google Maps. Demikian Baitul Maqdis melaporkan pada Selasa (4/8/2015).

Aplikasi tersebut merupakan salah satu teknologi internet yang super canggih. Google Maps direka khusus bagi pengguna untuk boleh mencari tempat terbaik melalui maklumat peta yang telah di tawarkannya.

Namun percayakah anda jika teknologi Google Maps ini ternyata mampu membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam pada 14 abad yang lalu?

Dahulu Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda di hadapan para sahabatnya tentang jarak antara dua pintu syurga.

Beliau membandingkan saiz tersebut sama besarnya dengan jarak perjalanan dari kota Mekah-Hajar atau sama juga dengan jarak Mekah-Bushra.

Dalam sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

"Demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Mekah dengan Hajar, atau seperti antara Mekah dengan Bushra. "(HR. Muslim no. 287)

14 abad kemudian, setelah dilakukan penentukuran dengan aplikasi Google Maps, ternyata terhitung bahawa, jarak dari Mekah ke 2 bandar yang berbeza itu sama persis menunjukan angka 1.272 km. Adakah ini suatu kebetulan atau memang suatu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad? Memandangkan Nabi sendiri merupakan seseorang yang hidup di abad ke-7 di mana belum terdapat GPS, Satelit, Pesawat, UAV ataupun roket luar angkasa.

Lantas dari mana beliau dapat tahu akan hal ini? Memandangkan hasil perbandinganya sangat tepat dan tepat, barangkali ini juga yang membuktikan bahawa Isra Mir'aj benar-benar telah terjadi. Dengan demikian, logiknya, MUSTAHIL manusia biasa yang hidup di abad ke-7 boleh mengetahui hal ini, kecuali manusia-manusia pilihan Allah yang diberi suatu mukjizat. Allahu Akbar!

 (Ar rahmah)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...