Bertindak daripada khabar angin tersebut, juru bicara IIA telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari itu juga. Dalam kenyataan beliau, juru bicara IIA, yang dikenal dengan sebutan Zabihullah Mujahid, menyatakan ketidakterlibatan IIA dalam serangan tersebut. Ia menjelaskan bahawa IIA telah menyiasat perkara itu dan menghubungi semua pemimpin tempatan IIA di Wilayah Kabul.

Selain itu, ia juga menegaskan bahawa Mujahidin IIA telah dibekali pedoman jihad untuk dipatuhi semasa menjalankan operasi. Berikut kenyataan penuh IIA berkaitan serangan tersebut, yang diterbitkan Voice of Jihad pada Sabtu (22/8).
IIA LOGO
IIA
Serangan hari ini di Kabul tidak ada hubungannya dengan kami/Mujahidin
Letupan yang berlaku di Makroyano kawasan bandar Kabul pada hari ini, yang menyebabkan beberapa korban awam, tidak ada hubungannya dengan Mujahidin Imarah Islam.
Kami menghubungi semua pemimpin tempatan wilayah Kabul dan setelah menyelesaikan siasatan, kami tetapkan bahawa Mujahidin kami tidak mempunyai operasi yang dirancang untuk hari ini dan kami tidak mengetahui apa pun yang terjadi di sana hari ini.
Mujahidin kami diberi mandat untuk sangat berhati-hati semasa menjalankan operasi dan tidak dibenarkan untuk melakukan serangan tanpa persetujuan dari pemimpin.

Juru bicara Imarah Islam AfghanistanZabihullah Mujahid
07/1/1436 Hijriah Bulan
31/05/1394 Hijriah Matahari 22/08/2015 Masehi