
Foto-foto baru dan dokumen-dokumen yang selama ini hilang akhirnya dijumpai untuk meneroka jejak masa lampau Abu Bakar Al-Baghdadi, pemimpin "Daulah Islamiyah" atau kumpulan Islamic State (IS) yang sebelum ini dikenali sebagai ISIS.
Pelbagai media timur tengah dan antarabangsa telah mengeluarkan berita mengenai sebuah dokumen di mana lelaki bernama Ibrahim Awad itu pernah menjadi tahanan awam tentera Amerika di Iraq pada tahun 2004,
lapor Muqawamah Media pada Jumaat (20/2/2015).
Hal ini menolak kenyataan yang menyebutkan bahawa dia mempunyai jejak sejarah dengan gerakan jihad sebelum bergabung ke dalam Jama'ah Daulah Islam Iraq atau Islamic State of Iraq (ISI)

Ibrahim Awad ketika menjadi tahanan awam di Irak pada tahun 2004
Dokumen tentera ini mengenalpasti bahawa Ibrahim Awad ditangkap bukan kerana kes gerakan jihad di Iraq, melainkan kerana alasan keselamatan tertentu. Masa penahanan awamnya berlangsung semenjak 4 Februari 2004 hingga 8 Disember 2004.
Dokumen yang sama juga menyebutkan bahawa pekerjaan Ibrahim Awad adalah sebagai seorang setiausaha (di tata keusahaan).
Ibrahim Awad Al-Badry lahir di Samara, di tepi timur Sungai Tigris Wilayah Salahud Din pada tahun 1971. Dia mendakwa dirinya sebagai keturunan Fathimah binti Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam, dan kini menobatkan dirinya sebagai "Khalifah Kaum Muslimin".
Beberapa waktu yang lalu, pada sebuah wawancara dengan televisyen tempatan Jordan Syaikh Abu Muhammad Al-Maqdisi juga sempat menyelar latar belakang para pemimpin IS yabg amat meragukan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.