Israel memberi amaran bekalan senjata teknologi tinggi oleh Russia kepada negara Syria yang sedang berperang boleh jatuh ketangan pejuang yang boleh digunakan menyerang Israel.
Penghantaran senjata anti-kapal perang Yakhont ke Syria telah di kecam oleh Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dan Israel juga bimbang terhadap hasrat Russia membekalkan peluru berpandu canggih S-300 bagi pertahanan udara ke Damsyik.
Israel menyatakan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam perang saudara di Syria tetapi baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Syria bagi memusnahkan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan Lubnan Hezbollah.
Sistem peluru berpandu S-300 jika ditempatkan di Syria boleh menjangkau sejauh 200 km akan menimbulkan ancaman terhadap pesawat Tentera Udara Israel. Tetapi pihak Israel sangsi pihak Syria berupaya menguasai pengendalian sistem tersebut dalam masa singkat. Yiftah Shapir, ketua projek keseimbangan tentera untuk Kajian Keselamatan Israel di Tel Aviv, menyatakan "Dalam keadaan sekarang adalah meragukan pihak tentera Syria mampu mengerahkan tenaga kerja dan sumber kelengkapan untuk mengendalikan S-300. Shapir juga ragu Syria dapat menyediakan tapak kemudahan peralatan dalam jangka masa singkat untuk pengendalian S-300.
Mengikut lapuran dari Al Quds-Al Arabi yang berpusat di London, Kapal perang Russia telah tiba di perairan Syria beberapa hari lepas telah membawa bersama-samanya penasihat teknikal yang akan membantu kerajaan Syria dalam membuat persiapan menyusun kedudukan peluru berpandu yang termaju S-300 itu. Lapuran itu juga menyebut tindakan Moscow itu sebagai langkah pihak Barat yang telah melampaui had sempadan yang tiada tolak ansur.
Sumber;
http://www.reuters.com/article/2013/05/18/us-israel-syria-idUSBRE94H0BO20130518
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.