Hidayatullah.com | Sahabatsuriah.com--Rejim Bashar al-Assad akhirnya izinkan sejumlah pekerja kemanusiaan yang tergabung dalam Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk masuk ke kawasan Al-Baydha dan Raas al-Nabii 'di Baniyas, Tartous, di Utara Syria, untuk mengambil mayat warga dua desa itu yang dibantai selama 2 hari berturut-turut, Khamis dan Jumaat, 2-3 Mei lalu.
Satu demi satu lagi gambar dan video yang mengerikan muncul di pelbagai media sosial yang dipakai oleh pihak pembangkang dan para pejuang pembebasan Syria untuk memperlihatkan luar biasanya kekejaman mereka yang melakukan ethnic cleansing atas warga Muslim di Syria ini.
Warga Muslimin Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah adalah majoriti di Syria yang (sebelum revolusi) berpenduduk sekitar 20 juta itu. Warga Syiah adalah minoriti yang selama beratus tahun hidup berdampingan di Syria. Warga Alawiyah, mazhab Syiah yang bahkan sangat kecil jumlahnya, adalah yang sudah 40 tahun ini berkuasa melalui rejim Assad.
Ketika akhir tahun lalu para pejuang kelihatan semakin berkesan dalam bertempur dan mula merebut daerah demi daerah dari tangan pasukan rejim Syria, dunia Barat dan mereka yang menyebut diri pemerhati mula menyuarakan kebimbangan kalau-kalau kaum Muslimin - terutama yang disebut jihadis - akan menang dan berkuasa di Syria. Mereka menganggap, bila mujahidin menang maka yang akan terjadi adalah Afghanistan ke 2 dan kaum minoriti akan ditindas karenanya.
Namun pembunuhan demi pembunuhan, seperti yang berlaku di Baniyas (sebuah kawasan Muslim yang tersepit di antara pemukiman Syi'ah) menunjukkan yang sebaliknya.
Komen Revolution Syria, "Sectarian cleansing is being conducted by a hateful murderous minority within a minority and the world is worried about minorities in Syria." (Pembersihan sektarian sedang dilancarkan sekumpulan minoriti pembunuh (yang merupakan) sebahagian daripada sebuah minoriti dan dunia meributkan (nasib ) minoriti di Syria).
Sebagaimana diberitakan sebelumnya, pasukan Assad dibantu oleh gerombolan Syiah dari kawasan sekitar Baniyas menyerbu masuk pada 2 Mei, lalu 3 Mei, dan mula menembak dan menyembelih penduduk desa, wanita, anak-anak, bahkan bayi. Peristiwa ini dikomentari seorang kanak-kanak di bahagian lain Syria dengan menulis sebuah poster, "Permintaan kepada Bashar al-Assad, kalau kau hendak menyembelihku, pastikan pisaumu tajam."
Sahabat Syria ingatkan, video berjudul | Two-Day Killing Spree by Assad Regime | berikut sangat mengerikan: kompilasi dari 3 lokasi pembunuhan yang memperlihatkan tumpukan jenazah, mayat-mayat yang dibakar, serta korban wanita dan anak-anak. Sebagaimana disebutkan oleh para pemuat gambar dan video seperti ini tidak dimaksudkan untuk apa pun selain menjadi dokumentasi bukti-bukti kejahatan Bashar al-Assad terhadap kemanusiaan.
Bukan Hanya di Baniyas
Bukan hanya di Baniyas, pembunuhan terhadap wanita dan anak-anak dilancarkan pasukan rejim Bashar al-Assad. Seorang wanita yang mengandung janin kembar tiga dibunuh - bersama ke tiga janinnya.
Siang semalam, Senin 6 Mei, diberitakan bahawa pasukan rejim bekerjasama dengan militia Syiah Lubnan mulai melancarkan pembunuhan baru di Al-Qusayr, kawasan yang berhampiran dengan sempadan Syria - Lubnan. Belum ada detil baru sampai berita ini diturunkan. *
Rep: Panji Islam
Red: Cholis Akbar
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.