Wednesday, 22 May 2013

Ular tumpang solat



“Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam.

Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya. “Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.

“Saya yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kain saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, semalam. Md Yasin berkata, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.

“Saya tidak tergerak hati untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat. “Lebih menghairankan, di sebalik tindakan saya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakan saya sewaktu solat.

“Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya.

sumber dari amirulaslam.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...