Tuesday, 4 November 2014

Anshar Baitul Maqdis Sinai nafi telah Baiat ke ISIS


Rabu 12 Muharram 1436 / 5 November 2014 07:51
 Anshar Baitul Maqdis Sinai Bantah telah Baiat ke ISIS
SETELAH beberapa hari yang lalu Ansar Baitul Maqdis menyatakan telah berbaiat kepada Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS), namun kumpulan militan yang paling aktif di Mesir ini dalam mesej terbarunya di Twitter pada Selasa kemarin (4/11/2014) membantah keras bahawa mereka telah berbaiat dan menjauhkan diri dari kenyataan yang muncul atas nama mereka secara online. 
Sebelumnya pernyataan yang mengaku berasal dari Ansar muncul Isnin malam pada dua kicauan jihad di Twitter, berkata kumpulan Ansar Baitul Maqdis telah berjanji setia (bai'ah) kepada Abu Bakar Al-Baghdadi, kepala Negara Islam yang telah merebut wilayah di Iraq dan Syria dan sekarang menghadapi serangan udara pimpinan AS. 
Namun, mesej pada Twitter feed yang mendakwa sebagai akaun rasmi Ansar Baitul Maqdis dan telah mengeluarkan kenyataan lain atas nama kumpulan dalam beberapa bulan terakhir, mengatakan pada hari Selasa kemarin bahawa pengumuman itu tidak datang dari mereka. 
"Kenyataan yang telah beredar di media dan merujuk kepada kami tentang pernyataan baiat kepada kekhalifahan kaum muslimin, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kami," kata kicauan Ansar Baitul Maqdis. 
Pernyataan tertulis berjanji kesetiaan, yang memaparkan logo dari kumpulan militan Mesir, telah dikeluarkan pada Selasa pagi dari salah satu akaun Twitter asal mesej baiat itu muncul. Akaun Twitter kedua yang dikeluarkan selanjutnya berkata kenyataan itu tidak berasal dari Ansar. 
Reuters tidak boleh mengesahkan ketepatan kenyataan atau menghubungi kumpulan itu sceara langsung untuk meminta pernyataan. [Fq / islampos / reuters]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...