Rabu, 13 Zulhijjah 1435 H / 8 Oktober 2014 07:46
Syria-pesawat pejuang AS-jpeg.imageSALAM-ONLINE: Entah apa yang ada di benak, hati dan fikiran pasukan penjajah salibis AS ini saat mengebom orang awam di Syria dan Iraq. Pada serangan pertama, Selasa (23/9), AS dan sekutu Arabnya, yang katanya menyerang ISIS, tapi justru menggempur orang awam dan lima markas kumpulan jihad di Syria yang selama ini memerangi pasukan Basyar Asad.
Dan, Selasa (7/10) kemarin, AS dan gabungan Arabnya menyatakan mengerahkan pesawat ke Iraq untuk mengebom ISIS, tapi nyatanya mereka menjatuhkan bom di sebuah pasar dan bangunan pangsapuri orang awam.
Dalam gempuran AS dan koalisinya itu, 22 orang awam meninggal seketika, dan 43 lain mengalami luka parah. Ini adalah korban awam terbesar dalam pengeboman terhadap ISIS.
Menurut laman antiwar.com, pesawat pejuang AS yang seharusnya mengebom bangunan di hujung jalan, tempat dimana sejumlah petinggi ISIS di Wilayah Anbar sedang mengadakan pertemuan, tapi justru mengalihkan serangannya ke sasaran lain yang mengenai banyak orang awam.
Itu pula yang terjadi sebelumnya saat AS dan sekutu Arabnya gembar-gembur akan menyerang ISIS, namun sasaran korbannya justru orang awam dan kumpulan jihad di Syria yang selama ini fokus mengarahkan gempurannya kepada rejim Syiah Nushairiyah Syria pimpinan Basyar Asad.
Wartawan Wartawan Islam Bersatu (JITU), Shakirullah, di Syria mengkhabarkan, sekurang-kurangnya lebih 20 orang gugur dan puluhan lain luka-luka dalam serangan pertama AS dan lima sekutu Arabnya ke Syria pada 23 September lalu itu.
Maka, warga Syria pun berang. Rakyat Syria menolak penglibatan Amerika dan sekutu Arabnya di negara mereka. Koreponden jitu, yang dalam beberapa hari selepas serangan Amerika dan sekutunya, Selasa (23/9) lalu, menyusuri beberapa kawasan, merakam suara jeritan rakyat.
Di wilayah Maarat Nouman, Kafr Nabel, Sarmada, dan lain-lain, semua warga menyatakan penolakannya campur tangan Amerika dan sekutu Arabnya yang hanya merugikan rakyat Syria.
"Setelah lebih 3 tahun kami dibantai Basyar Asad dan pakatan Syiahnya, kalian (AS dan sekutunya) malah datang untuk menambah pembunuhan terhadap kami," kata salah seorang warga.
"Satu roket pun tidak kalian tembakkan ke arah pasukan Basyar yang membunuh kami, tapi malah kalian menggempur kami," serunya jengkel.
Sementara di utara Iraq, orang awam yang menjadi mangsa pengeboman AS dan sekutunya berjumlah tujuh orang. Tak ada korban dari pihak ISIS, kerana sebelum AS dan koalisinya menggempur, ISIS sudah mengosongkan tempat itu.
Di Kobane, utara Syria, yang dikenali sebagai bandar komuniti suku Kurdi, AS dan sekutunya tak berdaya menghadapi perlawanan ISIS.
Gempuran tentera AS dan koalisinya ditambah bantuan pasukan Kurdi terhadap ISIS, gagal. Serangan-serangan AS dan koalisinya terhadap ISIS di bandar ini pun dinilai tak berkesan.
Sempat terpukul mundur, ISIS kembali berjaya menguasai bandar strategik itu, Senin (6/10) lalu.
Lantas, untuk apa dan siapa penjajah salibis AS dan sekutu Arabnya berperang di Syria dan Iraq? Selain orang awam, pasukan AS dan koalisinya juga menggempur kumpulan-kumpulan jihad lain di Syria. Kerana itulah, Komander Senior Tentera Jabhah Nushrah menegaskan, AS dan gabungan Arabnya ingin menyerang semua kumpulan jihad. ISIS hanyalah pembuka jalan dan dalih bagi AS dan sekutunya untuk berkubu di Syria dan Iraq.
Jadi, itulah sebabnya AS dan sekutunya tak menyerang pasukan rejim Asad. Target dan sasaran utama mereka adalah kelompok-kelompok jihad di Syria dan Iraq, yang dikhuatiri jika berjaya menumbangkan rejim Asad, akan mendirikan Daulah Islam di Syria. Dan jika itu berlaku, target-target Mujahidin seterusnya tak berhenti sebatas Syria. Itu yang ditakuti AS dan sekutu Arabnya.
-salamonline
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.