Sunday, 2 November 2014

ISIS Hanya Pintu Masuk, Sasaran Utama Serangan AS Adalah Mujahidin Syria





Syria-ISIS hanya pintu masuk bagi Amerika untuk menyerang Syria, sebenarnya sasaran utama serangan AS adalah Mujahidin Syria terutama Jabhat al Nusrah kerana Amerika sudah lama geram dengan Jabhat al Nusrah.

AS dan sekutunya dari Arab menyerang markas Mujahidin di Syria, Selasa (23/9) dini hari. Sebenarnya, dua minggu lalu Presiden Obama sudah mengumumkan akan memperluaskan kempen ketenteraan terhadap ISIS untuk "menurunkan dan menghancurkan" militan.

Setiausaha akhbar Pentagon, Laksamana John Kirby mengatakan keputusan untuk melancarkan serangan dibuat pada Isnin pagi oleh kepala Komando Sentral AS, Jeneral Lloyd Austin, "di bawah kebenaran yang diberikan kepadanya oleh panglima tertinggi". Penglibatan langsung AS dalam serangan ke markas Mujahidin di Syria ini merupakan skrip terbaru.



Washington telah memberitahu Damsyik tentang rancangan serangan ini. Selasa (23/9) pagi Washington memuat pernyataan dari Kementerian Luar Negeri Syria yang mengatakan, "Amerika telah memberitahu wakil Syria di PBB bahawa serangan akan dilakukan terhadap Daisy (nama Arab untuk ISIS) organisasi 'pengganas' di Raqqah." Dan seperti biasa hanya ISIS sahaja yang tahu tarikh dan masa serangan tersebut, sedangkan para Mujahidin lain langsung tidak dapat apa-apa informasi terhadap serangan yang bakal di lancarkan oleh AS. Maka ISIS sepertinya telah bersedia dan beberapa markas ISIS sudah dikosongkan. Korban di Raqqah yang berjumlah kira-kira 50-an itu hampir dikenal pastikan bukan dari ahli ISIS. Ini telah membuat para Mujahidin bertambah curiga dengan ISIS. Apakah barisan para pemimpin tertinggi ISIS ada mempunyai kaitan dengan rejim Basyar Asad ? Ini membuktikan sasaran utama AS adalah Para Mujahidin Suriah dan bukannya ISIS !




Walaupun rekrut-rekrut bawahan ISIS terdiri dari kalangan Sunni dari berbagai negara luar, agak sukar untuk kita menyalahkan kan mereka kerana hampir semua rekrut bawahan ISIS menyangka
ISIS adalah bani Tamim yang ditunggu-tunggu kan. Malah kebanyakan dari rekrut tersebut tidak tahu berbahasa Arab dan ini dengan mudah bagi komandan ISIS perdaya kan rekrut bawahan dengan mengatakan yang mereka akan menyerang kumpulan murtad syiah, padahal yang mereka serang itu adalah Mujahidin Sunni  atau penduduk kampung Sunni iaitu saudara Islam mereka.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...