Sunday, 2 November 2014

Jabhat Nusra serang teruk Pasukan 'Didikan' Barat dari Idlib

1 November 2014 | 21:32

Tiga anggota Jabhat Al-Nusra berjaga-jaga di tengah-tengah runtuhan salah satu bandar di Syria.

RIMANEWS - Jabhat Al-Nusra mengusir pemberontak Front Revolusi Syria (SRF) pro-Barat dari pangkalan mereka di Idlib, Syria setelah melakukan pertempuran 24 jam.

Kekalahan itu, di mana sejumlah ahli tempur SRF membelot dan bergabung dengan Al-Nusra, dianggap sebagai tamparan besar pada usaha AS yang telah mewujudkan dan melatih satu pasukan pemberontak yang sederhana sebagai tandingan terhadap kumpulan Islam dan pasukan Presiden Bashar al-Assad.

Al-Nusra merebut Deir Sinbel dan juga menguasai sebahagian besar bandar lain dan kampung-kampung di daerah Jabal al-Zawiya, kata Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia (Sohr), Sabtu (1/11).

Al-Nusra "merebut senjata-senjata dan tank-tank SRF, dan beberapa pemberontak bersumpah setia pada Al-Nusra, sementara yang lain cedera," kata kumpulan pemantau yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Sementara SRF, yang disokong Barat dan sejumah negara Arab, ingin membentuk negara demokratik di Syria pasca-Bashar.

SRF dibentuk pada akhir 2013 sebagai satu perikatan pemberontak sederhana. Kumpulan itu mengharapkan pemimpin mereka, Jamaal Maarouf, memimpin pembentukan pasukan kebangsaan yang boleh mencabar, tidak hanya kumpulan lain, tetapi juga pasukan pemerintah.

Dengan kejatuhan pangkalan di Idlib, SRF kini hanya mempunyai satu pangkalan di Syria selatan.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...